Bangkok Auto Salon - terbaik di Asean!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika kita biasa dengan Tokyo Auto Salon, pasti pertunjukan ini akan mengagumkan anda kerana Bangkok International Auto Salon BIAS) ini bukan sahaja yang pameran kenderaan modifikasi terbesar di Asean, ia juga adalah yang terbaik di rantau ini.

Perkembangan automotif yang pesat di Thailand, ditambah pula dengan pakar-pakar custom dan modifikasi yang ramai, pameran BIAS ini menakjubkan.

Barisan kenderaan-kenderaan yang lazim bagi rakyat Malaysia menambahkan lagi keseronokan kerana mudah untuk membandingkan model stock dengan yang telah dimodifikasikan secara ekstrem.

 

aerox
Motosikal pun ada ya!

 

Industri automotif Thailand juga lebih maju dan lebih besar sehingga mampu menghasilkan komponen-komponen aftermarket yang baik. Contohnya ialah syarikat roda Lenso yang mengeluarkan roda roda aloi menarik.

Lenso juga mengeksport produk mereka ke seluruh negeri dan ini sangat jauh berbeza dari pengeluar produk Malaysia yang kebanyakan hanya wujud di dalam negara sahaja.

Pembikin kenderaan dari Thailand juga berani untuk menghasilkan jentera-jentera ekstrem yang memang khusus untuk pameran sahaja. 

 

Toyota Wish

 

Dari Honda Brio ke Toyota Wish, naik ke Honda Civic ke Toyota Alphard dan Mini Cooper, Audi R8 dan motosikal-motosikal besar dan kecil, semuanya ada! 

Malah, Perodua Myvi juga ada! Sebenarnya, ada beberapa penyertaan yang datang dari Malaysia dan ia cukup membanggakan kerana Malaysia diberi peluang untuk turut serta.

Jika dibandingkan dengan Tokyo Auto Salon, BIAS mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana modifikasi berkait rapat dengan masyarakat setempat.

 

drag
Ekor D-Max terganas pernah kami jumpa!

 

Cara modifikasi sangat berbeza dan kerana itu, mereka yang sering mengunjungi Tokyo Auto Salon turut merasa sangat terhibur dengan pameran di Bangkok ini.

Jurufoto profesional Shah Adam terbang ke Bangkok untuk berkongsi gambar-gambar bersama pembaca Careta.

Lawati galeri gambar di bawah ini.

Berita Berkenaan

Informasi
"Penubuhan sambungan terus dari PEN menunjukkan dedikasi kami memacu pertumbuhan di hab utara dan…
Model Terbaharu
Selain dihasilkan khusus untuk pasaran ASEAN dan Oceania, Mitsubishi Triton juga dijangka akan…
Informasi
Syarikat penerbangan yang ditubuhkan pada Januari 2021 itu berkata, ia syarikat penerbangan…