Bamper kereta - dulu cantik, sekarang hilang terus!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bumper, atau bamper ialah antara komponen visual yang paling nyata di dalam rekabentuk sebuah kenderaan.

Menurut Wikipedia, ia wujud sejak tahun 1908 dan dicipta oleh seorang British, Frederick Simms. Bamper pertama gunanya untuk memastikan walapun ketinggian kenderaan berbeza, mereka akan "berlaga" pada bamper yang sama tinggi dari permukaan bumi.

Ia juga direka untuk mengelakkan pejalan kaki dari cedera bila dilanggar (pada zaman itu). Selain dari itu, bamper besi menjadi satu bahan seni, dan jenama mewah seperti Mercedes-Benz memang sangat terkenal dengan bamper besi yang sangat menarik.

 

Kepentingan bamper mula nyata dalam tahun 1974 sehingga 1982 apabila kerajaan US mewajibkan bamper itu dapat menahan dari kerosakan semasa pelanggaran sehingga kelajuan 5 batu sejam (8 kmsj) dan ketinggian bamper kenderaan mesti sekata.

Pada zaman itu, bamper besi atau bamper plastik dengan penyerap hentak di dalam sangat popular. Ia memang tidak terkesan jika perlanggaran berlaku pada kelajuan tersebut.

 

evolusi

 

Di Malaysia, tidak ada undang-undang spesifik semasa itu untuk bamper. Yang pasti, Toyota dan Nissan menggunakan teknologi bamper sebagai satu alat pemasaran mereka.

Toyota ketika itu menghasilkan model Corolla KE70 dan varian facelift hadir dengan bamper hitam tebal, menggantikan bamper besi krom. Ia dipanggil Corolla Black Belt.

 

Nissan menyambut dengan kehadiran Nissan Sunny 130Y, yang mempunyai varian dengan bamper hitam dengan penyerap hentak di dalamnya. Pasti anda ingat sticker "Awas! Absorber Bumpers" yang sering dilekatkan pada bamper tersebut.

Zaman itu (pertengahan 1980-an) adalah zaman peralihan dari bamper besi ke bamper plastik, dan ramai juga yang mengeluh bila Proton Saga dilancarkan dengan bamper besi.

 

Kerana itu apabila "minor facelift" untuk Saga hadir, bamper besi itu diberikan sejalur plastik hitam. Sayang sekali plastik itu bukan dari jenis plastik tebal, dan mudah tercabut bila berlaku pelanggaran kecil pun.

Evolusi bamper besi ke bamper plastik sebenarnya mula bermula selepas tahun 1982 kerana pada tahun itu, kerajaan US menurunkan had kelajuan untuk pelanggaran bamper kepada 4 kmsj (dari awalnya 8 kmsj) kerana syarikat kenderaan mahukan sesuatu yang lebih murah. 

Dari bamper sekeping yang besar umpama bibir Angelina Jolie, evolusi rekabentuk kenderaan terus menjerumus ke arah bentuk yang lebih aerodinamik. 

 

Fungsi bamper juga sudah mula berubah, dan bamper digantikan dengan kepingan besi kuat yang disorok di sebalik "bamper plastik" yang mengikut bentuk kenderaan dan juga dicat dengan warna yang sama.

Bamper hadapan kini turut dijadikan grill hadapan (Mitsubishi Lancer, Ford Focus dan banyak lagi), tempat meletak lampu kabus (hampir kesemua ada lampu kabus bersepadu dengan bamper hadapan) dan juga spoiler terbina di dalam.

 

 

Bamper belakang juga sama, dengan sirip diffuser dan splitter di bawahnya dan tempat lampu kabus dan lampu undur (Toyota GT86, Subaru BRZ).

Namun begitu, bahagian itu masih dipanggil bamper dan yang pasti, jika berlaku pelanggaran kecil, kos membaiki sudah meningkat dan ini membuatkan syarikat insurans menaikan lagi premium mereka.

aston martin

 

Seperti wanita, setiap tambahan kecantikan pasti akan datang dengan kos.

Bagi Careta, kami rindu zaman kangaroo bar kerana acapkali teringin untuk "menyenggol" secara manja kenderaan yang mencilok di hadapan tanpa memberikan isyarat.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, ia adalah selaras dengan peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna dan…