Bahaya memandu/menunggang di waktu malam di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Johari Osman atau Cikgu Joe, rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di Satun, Thailand kali ini menulis akan bahayanya memandu atau menunggang motosikal di waktu malam di Thailand.

Sebelum ini Cikgu Joe pernah menulis mengenai undang-undang dan juga nasihat-nasihat untuk rakyat Malaysia yang ingin melawat Thailand.

Artikel ini pada asalnya ditulis di laman Facebook kendalian beliau, Adventure Touring Malaysia.

Di bawah ialah nasihat Cikgo Joe sekiranya kita mahu bergerak di waktu malam di negera Thailand.

  • Biasanya kami dan warga Thai amat jarang memandu lepas pukul 11.00 malam. Kecuali ada hal mustahak dan kecemasan.
  • Route Utama (laluan utama) di Thailand kelihatan seperti sebuah lebuhraya dan ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia keliru kerana laluan utama itu sebenarnya mempunyai simpang berlampu isyarat dan juga kawasan membuat pusingan U.
  •  
  • Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia yang memandu di sebelah malam di Thailand ialah:
  • Tiada lampu jalan di laluan utama jika kawasan berada di luar tempat penempatan penduduk. Kiri kanan dan kadang-kadang di pembahagi jalan banyak terdapat pokok besar dan rendang. Jalan menjadi amat gelap.
  • Kalau di laluan melalui perkampungan pula, lampu kalimantang digunakan sebagai lampu jalan. Cahaya putih itu menyilaukan mata kita.
  • Lampu isyarat tidak berfungsi selepas pukul 9.30 malam. Sangat bahaya kerana kebanyakkan kenderaan berat di sana sangat laju dan mereka perlukan ruang untuk berhenti kecemasan.
trafik lgiht

 

  • Mulai pukul 11.00 malam penduduk sekitar mula keluar menoreh. Jadi berhati-hati dengan kenderaan perlahan seperti motosikal dan basikal.
  • Ada banyak kenderaan berat yang dipakir di bahu jalan. Mereka berhenti berehat atau berhenti untuk tidur atau singgah di kedai kopi.
  • Pemandu mabuk. Biasalah nama pun mabuk, jadi jika terlihat kenderaan yang dipandu terhuyung-hayang, jauhkan diri.
  • Memandu di waktu hujan pada sebelah malam sangat merbahaya. Lampu kenderaan berwarna putih , silau mata (kesan ini turut berkalu di mana-mana termasuk Malaysia, terutama mereka yang mempunyai masalah astigmatism atau berusia di atas 40 tahun).
headlight

 

  • Kenderaan trak pikap di sana mempunyai lampu hadapan yang menyuluh sedikit tinggi. Silau mata walaupun mereka memasang lampu, masih di paras normal.
  • Kemungkinan kenderaan rosak mendatangkan bahaya dan masalah. Contoh jika rosak di kawasan berbukit Route 4, Phatalung Trang. Ini kerana laluan itu sunyi dan sempit. Oleh itu, pastikan kenderaan anda dalam keadaan tip-top.
  • Jika anda menggunakan Google Map, jangan ikut laluan pintas. Contoh laluan dari Trang ke Krabi melalui Sikao. Kondisi laluan itu berbengkang bengkok dan berbukit bukau. Ia juga mempunyai banyak selekoh tajam dan laluan itu juga sangat sunyi.
  • Jika anda mampu, elakkan memandu di malam hari. Bahayanya berganda dari siang hari kerana wujud risiko dirompak dan sebagainya.
  • Kawasan selatan Thai, terutama di tiga wilayah bergolak (Pattani, Narathiwat dan Yala) meningkatkan risiko anda dan di waktu malam, risiko memang sangat tinggi. Jangan terlalu berani di tempat orang.

Cikgu Joe mengakhiri artikel beliau dengan berkata bahawa ramai di kalangan pemandu dan penunggang Malaysia tidak mengalami apa-apa masalah di sebelah malam.

Ini mungkin membuatkan mereka memandang remeh akan nasihat-nasihat yang diberikan. 

Namun begitu, Cikgu Joe berkata mereka bernasib baik dan malang tidak berbau.

Yang pasti, Cikgu Joe telah banyak kali membantu dan menyelamatkan warga Malaysia yang terkandas di sana, samada akibat kemalangan atau sebab lain.

Cikgu Joe (gamabr di bawah) juga yang banyak membantu usaha membawa pulang jenazah warga negara yang meninggal-dunia di sana.

Kerana itu, nasihat beliau harus didengar.

cikgu joe

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Johari Osman atau Cikgu Joe dari Satun, Thailand semalam menghubungi Careta untuk berkongsi…