Bahan api sintetik Porsche - beri sinar pada pembenci EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara idaman ramai peminat kenderaan ialah bahan api alternatif yang menjadikan enjin pembakaran dalaman bebas dari pencemaran, atau sekurang-kurangnya, sama “kotor” dengan kenderaan elektrik (EV).

Ini bukan sahaja melegakan hati peminat kenderaan kerana mereka mampu bebas dari dipaksa memandu peti sejuk beroda, ia juga akan memudahkan ekosistem pengangkutan sejagat kerana tidak memerlukan pelaburan yang besar dan rumit serta memastikan pekerjaan sedia ada dalam industri automotif kekal wujud.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche rupa-rupanya sedang dalam perbincangan untuk melihat samada bahan api sintetik yang memberikan pembakaran bersih boleh dihasilkan atau tidak.

Wawancara antara majalah automotif UK, Evo (majalah yang asli, bukan yang palsu) bersama Naib Presiden Porsche Motorsport dan GT, Dr Frank Walliser mengesahkan perkara itu dan beliau berkata ujian-ujian boleh bermula seawal 2022.

Walliser berkata bahan api sintetik yang diberi nama eFuel ini boleh digunakan oleh sebarang enjin pembakaran dalaman tanpa perlu melalui proses modifikasi yang lama dan mahal.

Bahan api sintetik eFuel hanya mempunyai sebanyak lapan ke 10 komponen berbanding bahan api biasa dengan 30 ke 40 komponen yang menghasilkan pencemaran.

“eFuel adalah lebih bersih dan tidak ada produk lain terhasil dari pembakarannya. Kami juga menjangkakan pengurangan karbon dioksida sebanyak 85 peratus.

Jika dikirakan dari perspektif “well to wheel” (sumber bahan api ke kenderaan di atas jalanraya), jumlah pengeluaran karbon  dioksida eFuel dan EV adalah sama,” terang Walliser.

Sekiranya eFuel ini berjaya, ia akan memudahkan kesemua orang, kecuali peminat-peminat peti sejuk beroda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…