Aznom Atulux - bila kereta dan trak pikap bersatu

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap kini menjadi suatu trend yang normal di kalangan masyarakat disebabkan praktikaliti dan kemampuan meredah pelbagai bentuk muka bumi dengan mudah.

Malah, terdapat trak pikap yang lebih mewah spesifikasinya berbanding kereta keluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimana sekiranya ada terfikir satu idea yang menggabungkan praktikaliti sebagai sebuah trak pikap dan keselesaan sebuah sedan di dalam satu binaan?

Syarikat Aznom dari Itali ini mempunyai sebab yang tersendiri apabila mereka menggabungkan trak pikap dan kereta di dalam satu reka bentuk yang...sedikit pelik. 

Memperkenalkan Aznom Atulux. 


Atulux merupakan akronim kepada All Terrain Ulitity Luxury yang dibina berdasarkan platform RAM 1500 yang kemudiannya diubah suai menjadi sebuah sedan tiga kotak berbadankan trak pikap. 

Menggunakan enjin asal RAM 1500 berkapasiti 5.7 liter V8 HEMI menghasilkan 395 kuasa kuda dan 569 kuasa tork, kuasa ini kemudian disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik 8 nisbah kelajuan. 

Pihak Aznom telah memperkukuhkan casis asal RAM 1500 ini dengan membina semula titik perhubungan di antara bahagian hadapan dan belakang bagi menghasilkan sebuah casis 'sedan'. 

Hasilnya, sebuah sedan sepanjang enam meter dengan empat tempat duduk yang mewah terima kasih kepada penggunaan suspensi udara bagi memberikan pengalaman pemanduan yang selesa. 
 


Sistem brek juga dinaik taraf bagi memberikan kuasa yang diperlukan ketika berhenti dengan menggunakan brek cakera hadapan bersaiz 420 mm dan 380 mm di bahagian belakang. 

Bahagian dalaman telah diperkemaskan dengan material yang mewah dan dilengkapi dengan peti sejuk yang mampu memuatkan 2 botol minuman yang besar, tempat letak cawan gelas dan mesin pembancuh kopi Nespresso yang tersorok di konsol tengah. 

Sistem hiburan untuk penumpang juga tidak dilupakan oleh pihak Aznom apabila mereka turut melengkapi Atulux ini dengan sistem audio berkuasa 1200 Watt terdiri daripada 10 buah speaker, subwoofer, X-Box, dan dua buah skrin LED. 

Menurut Aznom, Atulux ini menawarkan pelbagai pilihan kemasan bersesuaian dengan bajet yang ditaburkan oleh pelanggan, dengan harga jualan yang disarankan bagi sebuah Atulux ini bermula dari $300,000 (RM1,191,600.00) tidak termasuk pilihan pakej kustom. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada sedan mewah (hyper limousine?) Aznom Palladium, dan seperti yang anda…
Berita Global
Syarikat yang berasal dari Itali itu nampaknya kembali dengan sebuah lagi model yang berkonsepkan…