Axia 1.3L Kuantan - memang bangsawan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

 

Modifikasi Perodua Axia memang sesuatu yang lazim, tetapi kebanyakan lebih memberi tumpuan kepada pembikinan kosmetik luaran.

Memang kos adalah cabaran utama dan tidak ramai yang sanggup berbelanja tinggi untuk modifikasi luaran dan dalaman. Namun begitu, minat mengatasi segalanya dan untuk Mohamad Izdiyan Md Kami atau lebih mesra dengan panggilan Dee, Axia beliau perlu mantap sepenuhnya.

 

 

Berasal dari Marang, Terengganu dan kini menetap di Kuantan, Dee yang berusia 23 tahun ini lebih ke arah jentera Continental sebelum menerjah masuk ke dunia K-car.

Dee pernah memiliki sebuah Mercedes-Benz E-Class W124 tetapi pada September 2015, Dee beralih arah dan membeli Perodua ini.

 

 

Nyata memang banyak yang dilakukan oleh Dee. Di bawah ialah senarai modifikasi yang dilakukan beliau:

  • Enjin 1.3L K3-VE dari Daihatsu Passo tahun 2006
  • Flat top high compression piston
  • Head dari enjin 1.5L 3SZ-VE, ported and polished
  • Adjustable cam-pulley
  • Intake dan throttle body dari enjin 1.5L 3SZ-VE
  • Transmisi manual dari Myvi dengan final-drive ditukar kepada 4.6
  • Extractor dari DSport

 

 

 

  • Fuel regulator dari Aeromotive
  • Pam bahan api elektrik jenis EPMAN dengan kapasiti 325 lph (liter per hour)
  • Radiator dari Synergy
  • Piggyback ECU EManage Ultimate
  • Brek cakera twin-pot dari Toyota
  • Muffler ekzos dari AutoJuwell

 

 

 

  • Tapak pillowball untuk sistem gantungan dari F Tuned
  • Kotak intake udara dari Daihatsu Storia
  • Komponen Axia facelift
  • Bonnet dan fender custom carbon-fibre dari CarbonMarz
  • Stereng Nardi Itali
  • Tombol gear DSport

 

 

 

  • Head unit audio Pioneer
  • Aksesori jenama Ganador dari Jepun
  • GT wing dari Jepun
  • Roda aloi TE37 dari Jepun

 

 

  • Tempat duduk full-bucket dari Jepun
  • Paparan info digital Defi Advanced ZD dari Jepun
  • Pemandu bukan dari Jepun

Dee yang telah berumah tangga ini menghabiskan sekitar RM40,000 untuk menjadikan Axia beliau istimewa. Dan apakah kereta idaman Dee?

"Pastinya Honda NSX varian NA2!" jawab beliau. Buat masa sekarang, Axia memuaskan hatinya dan kita nantikan projek seterusnya dari Dee.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin berkata, "Perodua Alza…
Berita Domestik
Struktur SST, yang mengenakan kadar cukai sebanyak 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan,…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, hampir kesemua model Perodua…