Infinite Motorsports mencadangkan penggunaan bodykit Liberty Walk dari Jepun - kit lengkap termasuk skirting depan belakang, hud hadapan dengan liang udara (vent), fender besar dan GT Wing sebesar sayap kapal terbang.
Setelah siap bodykit dipasang, ia dibalut dengan wrap warna kuning, hitam dan merah seperti sebuah kereta lumba.
Roda aloi pula ialah dari jenama Pur, dan model LX12.V12 itu lengkap dengan sirip carbon fibre dan bibir yang lebih tebal. Tayar pula dari Pirelli.
Ternyata wang bukan masalah untuk pemilik supercar hebat ini.