Automobili Lamborghini diiktiraf sebagai “Top Employer Italia 2017” untuk tahun keempat berturut-turut!

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Lamborghini bukan sahaja setakat handal membuat kereta super tetapi turut diiktiraf sebagai majikan terbaik melalui anugerah “Top Employer Italia 2017” untuk tahun keempat berturut-turut.

Syarikat Lamborghini bukan sahaja setakat handal membuat kereta super tetapi turut diiktiraf sebagai majikan terbaik melalui anugerah “Top Employer Italia 2017” untuk tahun keempat berturut-turut. Anugerah itu diberikan oleh Top Employers Institute, sebuah badan Sumber Manusia global yang diasaskan pada tahun 1991.

Anugerah Top Employer Italia dinilai berdasarkan suasana kerja cemerlang dan polisi pengurusan sumber manusia yang diamalkan sesebuah syarikat.

Pencapaian oleh syarikat dari Sant’Agata Bolognese itu selari dengan pengembangan syarikat yang kini dalam proses untuk mengeluarkan model SUV Urus pada tahun 2018. Sejak projek Urus dilancarkan, Lamborghini telah menambah lebih dari 320 orang staf di mana lebih dari 130 orang staf menyertai syarikat pada 2016.

Kebanyakan staf baharu ditempatkan di bahagian penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan jumlah total staf di Lamborghini sudah menjangkau 1,415 orang pada penghujung 2016. Penambahan staf tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan pengenalan model baharu dan Lamborghini akan merekrut lebih staf pada masa akan datang.

Stefano Domenicali, Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi Automobili Lamborghini berkata; “Diiktiraf sekali lagi sebagai majikan terbaik adalah hasil daripada pelaburan berterusan terhadap staf kami dan ia adalah aspek penting untuk kejayaan syarikat di masa hadapan. Lamborghini sekarang ini dalam proses pengembangan di mana SUV baharu nanti akan menambah produksi dan jumlah jualan sekali ganda dari sekarang. Dengan keupayaan untuk menarik bakat terbaik melalui kekuatan jenama Lamborghini, pelaburan dalam pembangunan kerjaya mereka adalah ciri penting dalam memastikan cita-cita kami.”

Lamborghini bukan sahaja memberi perhatian kepada staf bahkan ahli keluarga mereka. Ini boleh dilihat melalui pelbagai aktiviti dan insiatif yang dilakukan syarikat bagi menambah baik kesejahteraan staf sekeluarga.

Berikut ialah antara amalan Automobili Lamborghini yang diakui terbaik selama empat tahun berturut-turut.

  • Kempen kesedaran kesihatan seperti “dari ladang ke meja” dan menu kalori rendah di restoran syarikat.
  • Program vaksinasi.
  • Pemeriksaan payu dara percuma dengan LILT (Lega Italiana per la Lotta contro i Tumori – Italian Cancer League).
  • Insuran kesihatan dengan tuntutan lawatan Doktor, pemeriksaan dan kemasukan wad selain daripada pakej pencegahan percuma untuk kesemua ahli keluarga.
  • Staf yang mengandung diberi beberapa keistimewaan seperti pakej bersalin oleh operator insuran kesihatan, parkir utama di syarikat, gabungan sehingga 60% gaji semasa cuti bersalin pilihan dan kit bersalin dan kebapaan (paternity) percuma semasa anak dilahirkan.
  • Akses percuma untuk fasiliti sukan.
  • Pelbagai diskaun untuk fasiliti penjagaan kanak-kanak, pusat kecergasan, premis perniagaan dan budaya di kawasan setempat.
  • Pelbagai acara yang dianjurkan syarikat untuk staf dah seisi keluarga.
  • Cuti bergaji untuk sambung belajar
  • Kursus dan latihan dengan institusi pendidikan seperti MIT di Boston dan the Italian Bologna Business School Foundation.

Hubungan majikan dengan staf juga dikukuhkan lagi melalui pelbagai program seperti dialog, ketelusan dan kerjasasama di antara syarikat dan wakil kesatuan sekerja.

Penulis:Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …