Auto Shanghai 2023: smart #3 debut di Shanghai, lebih menarik, lebih sporty

oleh Danial Yasin Suhaimi|
SUV coupe pertama jenama Smart, #3 telah didedahkan bertempat di acara pameran Auto Shanghai 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang diketahui setakat ini, seperti smart #1, #3 juga akan menggunakan platform seni bina Sustainable Experience Architecture (SEA).

 

3

 

Dari segi dimensi, smart #3 memiliki panjang 4,440 mm, berbanding smart #1 dengan panjang 4,270 mm yang menjadikan #3 sedikit besar.

Pada rekaan luaran, smart #3 jelas menampilkan rupa yang lebih sporti bersama garis bumbung yang lebih ke arah sebuah SUV coupe, berbanding smart #1 yang sedikit berkotak.

 

3

 

Namun kedua model itu berkongsi rupa yang hampir sama melalui reka bentuk lampu hadapan berbentuk segi tiga dengan jalur LED nipis yang menghubungkan kedua-dua lampu hadapan.

Pada bahagian dalaman, smart #3 menampilkan kluster instrumen digital, dan skrin infotainmen 12.8 inci seakan tablet di bahagian tengah papan pemuka, di bawahnya, terdapat tiga lubang HVAC bulat.

 

4

 

smart #3 turut ditawarkan dengan stereo Beasts 13 pembesar suara untuk memberikan kualiti bunyi terbaik, upholsteri pula dihiasi  dalam warna Vibrant Brown.

Bahagian badan smart #3 tersedia dalam 2 warna yang menarik perhatian iaitu Photon Orange Metallic dan Electric Blue Matt.

 

5

 

Setakat ini, smart masih belum mendedahkan apa-apa maklumat mengenai spesifikasi trenkuasa dan kapasiti pek bateri bagi model EV tersebut.

Namun jika dilihat pada model smart #1, ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada roda belakang (RWD) bersama pek bateri 66 kWj menghasilkan 268 HP dan 343 Nm, yang menyokong sistem pengecasan pantas DC 150 kW.

 

6

 

Ia turut hadir dengan versi prestasi, iaitu smart #1 Brabus yang dikuasakan oleh motor berkembar menghasilkan kuasa sehingga 422 HP.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran seramai 2,000…
Berita Global
Untuk pasaran Eropah, smart #3 boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal, dengan kuasa 268…
Berita Global
Sama seperti smart #1, smart #3 merupakan projek kerjama antara Mercedes-Benz dan Geely dengan…