Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Edition - Edisi Istimewa Tanpa Unit Terhad

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Edition
Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Edition
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi sebelum ini baru sahaja memperkenalkan RS 4 Avant dan RS 5 Coupé. Jika itu tidak memadai, ini adalah varian yang lebih ekstrem. Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Edition.

Walaupun dikelaskan sebagai edisi istimewa (SE), kedua-dua varian ini dikeluarkan tanpa had dan seperti namanya tampil dengan kelengkapan Gentian Karbon Diperkukuhkan dengan Polimer (CFRP). 

Kelengkapan khas

Mengikut trend kereta berprestasi masa kini, bumbung RS didatangkan bersahaja dengan kemasan CFRP yang terdedah tanpa disaluti cat mengikut warna badan.

Kemasan itu turut dilengkapi pakej Carbon Matt Aluminium Styling Pack pada kedua-dua varian seperti spoiler depan dan belakang (RS 5, pelekap diffuser, kemasan dalaman dan perumah cermin sisi diperbuat dari CFRP.

 

Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Edition

 

Kontra dengan CFRP, rangka gril radiator, logo quattro, rangka cermin dan palang di bawah gril dikemasi warna matt aluminium.

Kedua-dua varian dilengkapi cermin privasi dan roda aloi 20 inci ‘5-arm peak’ berwarna anthracite matt black menggantikan roda aloi standard 19 inci.

Menurut Audi, rim ini mempunyai permukaan dan bentuk istimewa memandangkan ia menggunakan teknik pemesinan khas yang khusus untuk kereta super sport atau perlumbaan sahaja. Menambah seri ialah angkup brek berwarna merah di sebalik rim itu.

Lebih ringan

 

Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Edition

 

Satu lagi lagi perkara menarik tentang edisi ini ialah berat keseluruhan berjaya dikurangkan berbanding model asal. Penggunaan roda aloi baharu telah menjimatkan 8 kg dari keempat-empat unit. Sementara itu, lagi 3 kg berjaya dikurangkan pada model RS 5 Carbon Edition susulan penggunaan bumbung gentian karbon.

450 PS dan 600 Nm

Di bawah bonet kedua-dua Carbon Edition tersimpan enjin baharu V6 2.9 liter biturbo TFSI berkuasa 450 PS dan tork 600 Nm. Angka tork itu 170 Nm lebih tinggi berbanding enjin V8 model terdahulu. Model istimewa ini dipasangkan sistem ekzos RS yang dinaiktaraf.

Kuasa pecutan dari kosong hingga 99.7 km/j mengambil masa 3.9 saat (RS 4 Avant 4.1 saat). Kelajuan maksimum ialah 249 km/j dan boleh ditingkatkan kepada 280 km/j.

Lapan kelajuan tiptronik

 

AUDI RS 4 AVANT DAN RS 5 COUPÉ CARBON EDITION

 

Enjin yang digunakan dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan tiptronik. Sistem pacuan sepenuh masa quattro model ini mempunyai rear sport differential untuk mengagihkan kuasa secara aktif di antara roda belakang bagi mendapatkan pengendalian lebih baik. Pengendalian turut dibantu oleh set suspensi khusus untuk model RS.

RM 406 ribu dan RM 427 ribu

Di United Kingdom, Audi RS 4 Avant dan RS 5 Coupé Carbon Editions dipasarkan masing-masing pada harga GBP 71,625 (RM 405,652) dan GBP 75,400 (RM 427,066). Harga itu hanya GBP 10,000 (RM 56,631) dan GBP 12,500 (RM 70,789) lebih tinggi berbanding model standard.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…