Audi Malaysia memperkenalkan A6 dan A7 Sportback baharu

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berita baik untuk mereka yang mahukan pilihan baharu dalam segmen D. Audi telah memperkenalkan dua model segmen D yang menampilkan rupabentuk moden dan pelbagai ciri-ciri menarik, sesuai dengan permintaan pembeli-pembeli kereta eksekutif mewah zaman sekarang.

 

Audi A6 dan Audi A7 Sportback merupakan dua model penting dalam rangkaian keluaran Audi. Saingan yang kuat dari jenama lain terutamanya buatan Jerman lain telah mendorong Audi menghasilkan produk terbaharu yang penuh dengan kelebihan-kelebihan yang menarik.

 

A6-1

 

Berharga RM407,900 (Audi A6 2.0 TFSI Quattro) dan RM484,900 (Audi A7 2.0 TFSI Quattro), kedua-duanya boleh didapati sekarang di kedai-kedai pengedar Audi.

 

Kedua-duanya menggunakan enjin berprestasi tinggi 2.0-liter TFSI empat silinder sebaris yang disertakan dengan ciri pacuan empat roda terkenal Quattro.

 

Dengan teknologi suntikan bahanapi secara langsung (direct fuel injection) dan pengecas gas turbo, ia mampu menjana kuasa sebanyak 252 hp dan tork sebanyak 370 Nm dari lingkungan 1,600 dan 4,500 rpm. 

 

Dihubungkan pada kotak gear tujuh kelajuan S Tronic dan sistem pacuan empat roda Quattro, ia membolehkan pecutan ke 100 km/j selama 6.5 saat (A6) dan 6.7 saat (A7 Sportback).

 

A7-1

 

Varian A6 2.0 TFSI Quattro terletak diantara varian A6 1.8 TFSI dan model terbaik A6 3.0 TFSI Quattro. Dari segi rupa luaran, ketiga-tiga mirip antara satu sama lain, melainkan saiz roda aloi 18 inci 10 jejaring bentuk V. Dengan hiasan rekabentuk yang seimbang dan kemas, memberikan penampilan yang segak, lebih-lebih lagi dengan gril Singleframe, juga lampu depan dan belakang jenis LED berserta penunjuk dinamik.

 

Model coupè A7 2.0 TFSI Quattro pula direka khusus bagi pembeli-pembeli yang mahukan penampilan sporty ala coupé, tetapi dengan keselesaan sebuah sedan dan juga kemudahan praktikal sebuah station wagon Avant. Hiasan rekabentuknya progresif, yang memaparkan bonnet depan dengan bayangan alunan bentuk yang berlandai, garisan bahagian bahu yang perkasa dan garisan bumbung yang curam.

 

Ruang dalam kedua-dua model ini juga tidak kurang dari segi kemodenannya. Kerusi kulit jenis Milano kelihatan selesa dan mewah. Sistem maklumat Audi MMI navigation plus dengan MMI Touch kini boleh dikawal melalui skrin 8 inci yang boleh simpan secara elektronik. Audi connect membolehkan akses ke Google Earth dan juga fungsi Wi-Fi hotspot. Sistem audio adalah dari jenama Bose dengan sistem bunyi keliling yang mempunyai 14 pembesar suara dan 12 siaran amplifier. 

 

A7-2

 

Bagi Audi A7 2.0 TFSI Quattro, ia menampilkan hiasan dalaman sesuai dengan rupa dalaman kereta berprestasi yang lebih sporty dan mewah, dengan papan pemuka Aluminium Ellipse yang bertatahkan inlai perak (inlay). Kerusi duduknya pula dibalut dengan kombinasi kain eksklusif Alcantara dan kulit. Sama seperti A6, A7 juga dilengkapkan dengan ciri-ciri kawalan dan kemudahan berteknologi tinggi, tetapi dengan tambahan alat perhubungan Audi Smartphone interface, yang membolehkan perhubungan langsung dengan telefon pintar dari sistem Apple iOS atau Google Android melalui fungsi perhubungan Audi MMI. 

 

Dari segi ciri-ciri dan fungsi-fungsi keselamatan elektronik dan mekanikal, kedua-dua model terbaharu dari Audi didatangkan serba lengkap, umpamanya dengan sistem Start/Stop dengan kemudahan pemulihan tenaga, penunjuk tekanan angin tayar, kawalan kadar penurunan bukit, Electronic Stabilisation Control (ESC) serta Traction Control (ASR), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Differential Lock (EDL) dan Anti-lock Braking System (ABS) dan sebanyak lapan beg udara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…