Audi kan guna platform MQB selepas ini?

oleh Careta.my|
volkswagen-mqb-platform
volkswagen-mqb-
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tekno Careta: MQB: Modularer Querbaukasten Sumber luar negara dari Motor Trends mengatakan bahawa usaha menurunkan kos dan pengukuhan syarikat yang diusahakan oleh Volkswagen Group selepas skandal #dieselgate jelas akan mengurangkan pengaruh kejuruteraan Audi dalam kumpulan permotoran terbesar itu. Platform MLB merupakan sebahagian strategi platform Kumpulan Volkswagen, yang diumumkan pada tahun 2012 untuk perkongsian pembinaan modular kereta dengan enjin depan yang membujur. MLB telah dibangunkan oleh Audi dan mula diperkenalkan dalam tahun 2007 pada Audi A4, Q5 Audi, Audi A8, Audi A7, Audi A6, Porsche Macan dan juga generasi kedua Audi Q7. MLB bermaksud Modularer Längsbaukasten, ayat Jerman yang membawa maksud "matriks modular membujur", manakala MQB pula membawa maksud Modularer Querbaukasten iaitu "matriks modular melintang". Audi Q7 3.0 TFSI quattro   Bagi menyeragamkan pengeluaran dan menjimatkan kos, ibu pejabat VW kini nampaknya mahu mengeluarkan barisan model A4 / A5 dari platform MLB yang dikawal Audi, dan sebaliknya menggunakan perkakasan MQB yang digunakan oleh Volkswagen Passat agar ia nya lebih murah. VW-MQB-02 Malah, Lembaga Pengarah itu juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan sedan Audi A8, SUV Audi Q7 dan Q8 generasi akan datang daripada platform MLB dan sebaliknya menggunakan kit MSB (Modularer Standardantriebsbaukasten atau "sistem pacuan modular standard" yang dibangunkan Porsche. VW-MQB-02