Audi A6 generasi ke-8 guna teknologi hybrid

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi telah menerbitkan gambar-gambar untuk model A6 terbaharu mereka sebelum pelancaran rasminya sewaktu Pameran Automotif Geneva.

Model A6 generasi kelapan ini hadir dengan teknologi mild-hybrid atau separa hybrid yang menggunakan sistem 48-volt untuk menjana kuasa bagi sistem Start-Stop dan membenarkan A6 ini meluncur tanpa bantuan enjin antara kelajuan 55 kmsj hingga 160 kmsj.

Ia menggunakan sistem transmisi 7-kelajuan automatik atau 8-kelajuan automatik (untuk enjin diesel) dengan pacuan empat roda Quattro. Kelengkapan tambahan ialah sistem stereng 4-roda (4-wheel steering) dan empat jenis sistem gantungan.

 

 

Ruang kabin turut diluaskan sementara sistem navigasi MMI kini datang dengan teknologi LTE untuk pindahan data lebih laju.

Kelengkapan audio termasuk sistem dari Bang & Olufsen yang menghasilkan bunyi efek 3D. 

Sistem kunci juga boleh menggunakan teknologi NFC (Near Field Communication) di mana telefon Android boleh digunakan untuk membuka pintu dan menghidupkan enjin.

 

 

Untuk pasaran Eropah, dua enjin diperkenalkan - enjin petrol 3.0 TFSI V6 dengan 340 hp dan 500 Nm serta penggunaan bahan api serendah 6.7L/100km dan enjin diesel 3.0 TDI 286 hp dan 620 Nm serta penggunaan bahan api serendah 5.8L/100km.

Secara keseluruhan, Audi seperti sudah ketandusan idea kerana rekabentuk A6 ini hampir sama dengan yang lama. 

Malah, kesemua barisan model Audi sudah seperti anggota boria yang menggunakan pakaian yang sama, cuma diubah suai sedikit di sana sini.

Mungkin Audi perlu lebih serius untuk bersaing dengan rakan-rakan mereka di Mercedes-Benz dan BMW.

*Gambar dari Netcarshow

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…