Audi A3 Sedan S-Line, Q2 S Line kini didatangkan ciri standard Pakej Jaminan Audi (AAP)

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan penambahan Pakej Jaminan Audi (AAP) sebagai ciri standard untuk dua modelnya iaitu Audi A3 Sedan S Line dan Audi Q2 S Line berkuatkuasa 1 April 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

AAP menawarkan pembeli dengan pakej penyelenggaraan selama tiga tahun, sementara jaminan pengilang pula dilanjutkan dari dua kepada lima tahun.

Penawaran pakej ini merupakan bukti usaha berterusan Audi dalam menyediakan pengalaman pemilikan dan servis yang lebih baik kepada pelanggannya.

Sebagai info, Audi A3 Sedan dikuasakan oleh nadi 2.0 liter TFSI yang mampu menjana kuasa 190 PS dan 320 Nm, membawakan penampilan yang didominasi oleh struktur jeriji tunggal yang besar, ciri kokpit maya Audi, skrin paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10.1 inci serta perkhidmatan Audi connect plus secara standard.
 

Audi Q2


Sementara crossover mewah Audi Q2 pula menampilkan nadi 1.4 liter TFSI  yang mampu menghasilkan 150 PS dan 250 Nm, selain membawakan dinamik pemanduan yang mengkagumkan terima kasih kepada nisbah stereng boleh ubah serta bantuan stereng yang bergantung kepada kelajuan kenderaan.

Harga jualan Audi A3 Sedan bermula dari RM325,990 sementara Audi Q2 S Line pula dijual pada harga RM275,990.

Maklumat lanjut berkenaan Audi A3 Sedan dan Audi Q2 serba baharu beserta dengan Pakej Jaminan Audi bole didapati menerusi laman web https://www.audi.com.my/

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…