Aston Martin V12 Vantage V600 - hadir dengan transmisi manual sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin kini mengganas dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad Vantaga yang digelar jentera analog terulung Vantage.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama yang diberikan kepada jentera ini ialah V12 Vantage V600.
 


Pemilihan nama itu bukanlah disebabkan oleh suka-suka kerana lencana V600 sebelum ini telah diguna pakai pada model ikonik Aston Martin V8 Vantage V600 yang dikeluarkan pada tahun 1998.

Sebanyak 14 unit Vantage akan dihasilkan dengan separuh daripadanya adalah coupe manakala selebihnya adalah di dalam bentuk roadster. 

Seperti namanya, Vantage ini menggunakan enjin berkapasiti 6 liter aspirasi natural dengan konfigurasi bentangan V12 yang mampu menghasilkan 592 bhp dan mampu memecut dari 0-100 km/j sepantas 3.5 saat. 

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang melalui kotak gear manual (ya, manual!) dengan tujuh nisbah kelajuan. 

Sistem gantungan depan dan belakang V12 Vantage V600 ini menggunakan sistem gantungan bebas  jenis wishbones dengan tiga peringkat penyesuaian. 

V600 ini memperkenalkan penggunaan rangka yang dibina sepenuhnya daripada gentian karbon dan penampilan profil sisi tepi yang lebih agresif serta rim aluminium dengan ciri centre locking

Manakala bahagian dalaman pula menampilkan gabungan unsur lapisan aluminium gelap dan gentian karbon pada trim kabin, konsol tengah dan papan pemuka. 

 


Aston Martin tidak mendedahkan sebarang tanda harga bagi model keluaran terhad ini. 

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…