Aston Martin Cygnet bernadikan V8, 430 kuasa kuda - ada wang, semua jadi!

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin Cygnet pada asalnya bukanlah kereta sebenar yang dikeluarkan oleh syarikat kereta mewah British itu, memandangkan ia merupakan projek rebadge daripada Toyota iQ dengan enjin 1.3 liter berkuasa 97 kuasa kuda sahaja.

Memandangkan jualan yang terlalu rendah, Aston Martin menghentikan penjualan kereta hatchback itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kini, menerusi cabang Q oleh Aston Martin, mereka mengembalikan Cygnet ini dengan sumber kuasa yang lebih buas, iaitu enjin bentangan V8 bersaiz 4.7 liter daripada Vantage S.
 


Bagi memuatkan enjin yang berkali ganda lebih berkuasa berbanding enjin asal 1.3 liter itu, kerangka asal Cygnet telah diperkukuhkan dan ditamban dengan sangkar keselamatan, manakala ruang transmisi ditengah terpaksa dibina semula bagi memuatkan kombinasi kuasa baharu itu.

Jarak antara tayar kiri dan kanan juga telah dilebarkan bagi memuatkan rim sebesar 19 inci sebelum dikemaskan dengan pemasangan arca roda yang diperbuat daripada bahan komposit gentian karbon. 

Bagi memberhentikan kereta mini berkuasa gergasi ini, sistem brek jenis monoblock caliper enam piston telah dimuatkan dengan cakera bersaiz 380 mm di hadapan dan brek empat piston dengan cakera 330 mm di bahagian belakang. 

Sistem suspensi turut menampilkan gantungan jenis double wishbones di hadapan dan juga belakang - untuk pengetahuan, Toyota iQ menggunakan sistem yang lebih ringkas untuk memaksimakan penggunaan ruang pada kereta sekecil ini. 

 


Enjin V8 yang dimuatkan ke dalam Cygnet ini telah ditala bagi menghamburkan 430 bhp serta 428 Nm daya kilas sebelum disalurkan ke roda belakang menggunakan transmisi Sportshift II. 

Gabungan kuasa daripada Vantage dan casis Cygnet ini membolehkan ia memecut sepantas 4.2 saat dari pegun dengan kelajuan maksimum 273 km/j. 

Apa yang pasti, sekiranya anda mempunyai uwang berlipat kali ganda, anda boleh mengupah Aston Martin untuk menala kembali Cygnet/iQ anda menjadi seperti kereta yang kami paparkan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…