Aseel Al Hamad - Wanita Arab Saudi raikan kebenaran memandu di litar tanah air sendiri

oleh Muhammad Md Tajudin|
24 Jun 2018 adalah hari yang bersejarah buat Arab Saudi. Tarikh tersebut adalah hari pertama kaum hawa dibenarkan memandu secara sah di atas jalan raya awam sejak sekian lama.

Lain negara lain budaya dan peraturannya.

Bagi meraikan hari bersejarah tersebut, pelumba wanita Arab Saudi, Aseel Al Hamad mengelilingi litar dengan Jaguar F-TYPE.

Aseel yang juga merupakan ahli lembaga pengarah wanita pertama Persatuan Kenderaan Arab Saudi tidak pernah mencuba litar di negara kelahirannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jaguar F-TYPE

Jaguar F-TYPE

 

Selain itu, Jaguar turut mengisytiharkan 24 June sebagai Hari Pemanduan Dunia (World Driving Day).

Jaguar juga akan berkerjasama dengan universiti di Arab Saudi bagi menyertai rangkaian hubungan sedia ada dengan lebih 40 buah universiti dan institusi akademik di serata dunia dalam penyelesaian mobiliti masa depan. 

Dalam program tersebut, anak muda Arab Saudi yang pintar akan diambil untuk turut sama membentuk inovasi masa depan Jaguar.

Aseel Al Hamad bukan calang-calang wanita. Beliau mempunyai minat besar dalam sukan permotoran dan merupakan wakil Arab Saudi dalam Suruhanjaya Wanita dalam Sukan Permotoran untuk Fédération Internationale de l’Automobile (FIA). 

 

Jaguar F-TYPE
Jaguar F-TYPE

 

Walaupun Aseel tidak pernah memandu di litar negaranya, beliau telah memandu di serata dunia. Beliau mempunyai Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Reka Bentuk Dalaman daripada Universiti Prince Sultan dan turut mengikuti kursus tambahan di University of the Arts di London.

Selain memberi kehormatan untuk wanita, kebenaran memandu ini juga dipercayai akan menambah kerancakan ekonomi Arab Saudi susulan pembelian kenderaan baharu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…