ASEAN NCAP: Hyundai IONIQ, Toyota C-HR dan Toyota Rush peroleh penarafan lima bintang!

oleh Mohamad Hanif|
Program Penilaian Kereta Baharu bagi Asia Tenggara (Asean NCAP) baru-baru ini telah menguji tiga buah kenderaan iaitu Toyota Rush, Toyota C-HR dan juga Hyundai IONIQ Hybrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara keseluruhan, ketiga-tiga model yang diuji itu telah menerima penarafan lima bintang mengikut piawaian yang telah ditetapan oleh Asean NCAP menerusi kategori Perlindungan Dewasa (AOP), Perlindungan Kanak-kanak (COP) serta Teknologi Bantuan Keselamatan (SATs).
 


Hyundai IONIQ Hibrid memperoleh markah cemerlang keseluruhan berjumlah 91.98 dengan pembahagian mata berjumlah 46.34 daripada markah penuh 50 untuk kategori AOP, 21.48 mata daripada markah penuh 25 untuk kategori COP, dan 24.17 daripada markah penuh 25 untuk SATs.

IONIQ yang dijual di Malaysia didatangkan dengan pelbagai kelengkapan keselamatan terkini seperti brek kecemasan automatik (AEB), amaran pertukaran laluan (LDW), amaran pelanggaran hadapan (FCW) serta bantuan tetapan laluan (LKA). 
 


Toyota C-HR, crossover kompak terbaharu keluaran Toyota memperoleh 91.31 mata keseluruhan daripada ujian yang dijalankan. 

Bagi kategori AOP, C-HR memperoleh markah berjumlah 49.72 mata, manakala kategori COP pula mencatatkan mata berjumlah 20.86. Untuk SATs, C-HR memperoleh mata berjumlah 20.73 daripada markah penuh 25.

Selain daripada tujuh beg udara, model crossover ini juga dilengkapi dengan ABS serta ESC sebagai standard. 
 


Asean NCAP turut menguji model baharu daripada Toyota, iaitu Toyota Rush. 

Diuji buat kali pertama pada tahun 2015, Toyota Rush baharu kali ini memperbaiki skor apabila turut menerima penarafan lima bintang, dengan markah keseluruhan berjumlah 84.03 mata.

Pembahagian mata pula, Rush memperoleh mata sebanyak 43.25 bagi kategori AOP, 21.33 bagi kategori COP, dan 19.44 mata untuk SATs

Dengan penawaran ciri ESC, sistem brek anti-kunci ABS serta peringatan tali pinggang keledar (SBR) pada model terbaharu Rush ini, ia melayakkan Rush menerima penarafan lima bintang daripada Asean NCAP. 
 

Merujuk kepada keputusan ujian yang dikeluarkan oleh pihak Asean NCAP, Ketua Setiausahanya, Ir. Dr. Khairil Anwar berkata, "kami berasa bangga kenderaan yang telah kami uji memperoleh skor lima bintang bagi penarafan kereta baharu."

"Kami menyarankan pengguna supaya mengguna pakai sistem penarafan yang dikeluarkan oleh Asean NCAP bagi menentukan tahap keselamatan kenderaan yang dijual sebelum membuat keputusan dalam urusan pembelian," tambah beliau. 

Dalam masa yang sama, pihak MIROS turut melancarkan pembukaan galeri MIROS yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Seri Hj Saripuddin bin Hj Kasim. 

Galeri MIROS ini dibuka bagi memperlihatkan pencapaian semasa agensi MIROS di dalam membentuk dan memperkenalkan ekosistem keselamatan terbaik di Malaysia. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…