Arnold Schwarzenegger miliki Hummer H1 elektrik pertama di dunia

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bintang ternama filem Terminator, Arnold Schwarzenegger kini telah bekerjasama dengan Kreisel Electric untuk memperkenalkan Hummer H1 yang telah diubahsuai menjadi jentera yang dikuasakan elektrik sepenuhya yang pertama di dunia. 

Arnold Schwarzenegger electric car

Kerjasama ini bukanlah yang pertama kerana sebelum ini Kreisel Electric telahpun menghasilkan Mercedes-Benz G-Class elektrik kepada Schwarzenegger . 

Jentera elektrik Hummer H1 ini dibangunkan dalam masa dua bulan dan dilengkapi dengan bateri 100 kWh. Bateri tersebut mampu memberika kuasa sehingga 490PS dengan kelajuan yang mampu dicapai bagi jentera seberat 3.3 tan ini adalah 120 km/j. Jarak yang mampu dicapai pula adalah sejauh 300km.

Hummer H1 electricArnold Schwarzenegger Hummer H1

“Kreisel Electric telah menjadikan Mercedes-Benz G-Class saya sebagai jentera elektrik. Tapi kali ini, Hummer pula. Jika Kreisel Electric tidak berhenti mencipta inovasi, selepas ini saya boleh terbang dari Los Angeles ke Austria dengan kapal terbang elektrik pula” kata Schwarzenegger.

Arnold SchwarzeneggerArnold SchwarzeneggerHummer H1 elektrikHummer H1 elektrik

Sumber dan gambar dari http://www.kreiselelectric.com/en/blog/kreisel-electric-and-arnold-schwarzenegger-present-the-worlds-first-electrified-hummer-h1/