Arahan kemaskini alamat terkini bagi pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu oleh JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa orang ramai supaya mengemaskini alamat kediaman terkini mereka dengan kadar yang segera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Arahan yang dikeluarkan pada tarikh 6 Jun 2018 tersebut adalah berdasarkan kepada subseksyen 58A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mewajibkan setiap pemilik berdaftar sesebuah kenderaan atau pemegang lesen memandu yang bertukar alamat supaya memakluman pertukaran tersebut dalam tempoh dua bulan. 
 

Sehubungan dengan itu, orang ramai dikehendaki mengemaskini maklumat dan alamat kediaman terkini di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC di seluruh negara. 

Bagi mereka yang telah mendaftar ID mySIKAP boleh berbuat demikian secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. “Bagaimanapun…