Aprilia SR GT Replica dan RS 660 Extrema rasmi di Malaysia - Harga dari RM20.9K hingga RM79.9K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena dengan penganjuran perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia 2023 pada hujung minggu ini, pengedar rasmi Aprilia di Malaysia, Didi Group telah melancarkan dua model edisi khas iaitu skuter SR GT Replica dan sportbike RS 660 Extrema.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, pelancaran tersebut turut disertai oleh dua pelumba utama dari pasukan Aprilia Racing Team, iaitu Aleix Espargaro dan Maverick Vinales.

 

2

 

SR GT Replica (RM20,900)

Hadir sebagai skuter urban adventure, SR GT Replica tampil dengan rekaan grafik dan warna yang diilhamkan dari jentera lumba MotoGP Aprilia, iaitu Aprilia RS-GP.

Skema grafik berwarna merah dan ungu turut ditambah dengan rim berwarna hitam dan garisan merah dipadankan dengan tayar yang lebih sporti berbanding model asas.

 

3

 

Dari segi spesifikasi, tiada perubahan yang dibawakan di mana ia masih dikuasakan nadi silinder tunggal 174 cc yang mampu menghasilkan 17.4 hp pada 8,500 rpm dan 16.5 Nm pada 7,000 rpm, yang dipadankan dengan kotak gear CVT.

 

RS 660 Extrema (RM79,900)

Untuk model sportbike kategori pertengahannya iaitu RS 660 Extrema, ia hadir dengan perubahan kosmetik serta penambahan beberapa komponen prestasi.

RS 660 Extrema kini menjadi model RS 660 paling berkuasa di mana perubahan beberapa komponen prestasi telah menjadikan beratnya kepada 166 kg sahaja.

 

3

 

Berat baharu itu sekaligus menjadi penanda aras baharu dari segi nisbah berat kepada kuasa, di mana ia menghamburkan kuasa sehingga 100 HP, antara tertinggi dalam kelasnya.

Antara komponen yang menjadi penyumbang utama ialah sistem ekzos SC Project yang lebih ringan, di mana ia didatangkan bersama peredam bunyi gentian karbon.

 

5

 

Antara komponen lain yang membantu meringankan lagi sportbike tersebut ialah braket ekzos yang menggantikan pemijak kaki belakang, mudguard hadapan dan juga belly pan dengan rekaan baharu.

Sebagai tambahan kepada bantuan elektronik standard, RS 660 Extrema datang bersama perisian yang membolehkan ciri quickshifter dengan konfigurasi terbalik.

 

6

 

Perisian tersebut membolehkan kotak gear boleh dikonfigurasikan sepenuhnya secara autonomi, tanpa menggantikan mana-mana komponen asal.

Dari segi kuasa, ia kekal menggunakan nadi parallel-twin 660 cc yang menghasilkan 100 HP pada 10,000 rpm dan 67 Nm pada 11,200 rpm, dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan.

 

7

 

Dari segi penampilan, ia hadir dengan skema warna putih dan merah bersama grafik, sementara nama Extrema itu diilhamkan dari jentera Aprilia 125 Extrema, salah satu jentera berprestasi tertinggi pada tahun 1992 hingga 1994.