Apakah mungkin MPV kompak 7-tempat duduk Mitsubishi dilancar di Malaysia?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mitsubishi Motors Corporation dikatakan akan melancarkan model produksi MPV kompak mereka di Indonesia seaawal bulan Ogos tahun ini.

Projek yang berjalan lebih dua tahun ini dikatakan akan menurut garisan-garisan rekabentuk canggih model konsep Mitsubishi XM yang dipamerkan di Pameran Motor Jakarta tahun lalu.

 

MOV 2

 

Ia adalah gabungan ciri-ciri MPV dan SUV kompak, walaupun ia akan lebih ke arah sebuah MPV kompak seperti saingannya, iaitu Toyota Sienta, Toyota Rush dan Honda HR-V.

Menurut Indian Auto Blogs, enjin 1.5-liter empat silinder dari Mitsubishi Colt mungkin akan digunakan dan transmisi pula ialah dari jenis automatik CVT.

Careta merasakan sekiranya kualiti pemasangan di Indonesia sudah membuktikan mutu yang tinggi, tidak mustahil model ini dieksport ke Malaysia kerana Mitsubishi Motors Malaysia sudah ketandusan produk-produk terbaharu dan nampak ranggi.

 

Gambar-gambar di bawah ialah antara gambar yang telah diedarkan oleh Mitsubishii. Untuk melihat lebih rapat, hadirkan diri di Pameran Art of Speed!

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…