Apa beza AWD dan 4x4? Yang mana anda perlukan?

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ahmad baharu sahaja membeli sebuah SUV dan dengan bangganya beliau memandu balik SUV baharunya ke kampung halaman beliau di Bukit Mor, Muar, Johor.

Selepas bersalaman dengan orang tuanya yang bangga melihat kereta baharu anak teruna mereka itu, si ibu berkata durian sudah mula gugur.

“Durian dah gugur, Mat tak nak ke? Kalau nak, pergi ambil di dusun,” ujar ibunya.

“Ada durian, kena lawat dusun. Gerenti SUV baharu aku boleh sampai ke sana,” terdetik hati Ahmad sambil tersenyum, menampakkan barisan giginya yang menguning.

Langsung Ahmad terus ke dusun yang berada di puncak sebuah bukit. Keadaan jalan agak lembab kerana semalaman hujan menyirami kawasan tersebut.

AWD 4x4 cover

“Baru berbaloi beli SUV!” kata hatinya sambil menekan butang AWD Lock dan menerjah ke jalan tanah yang diliputi daun-daun basah.

Belum dua meter, SUV baharu Ahmad terus enggan bergerak mendaki. Tayar hadapan dan belakang berpusing-pusing di atas jalan tanah merah yang basah.

“Eh apa ni? Kan kereta aku ini AWD. Kenapa tak lepas pulak? Dah rosak ke sistem AWD dia?” tertanya-tanya si Ahmad sambil menekan pendikit. Tayar berpusing, namun SUV Ahmad kekal di kaki bukit.

durian

Bedebuk!

Jatuh sebiji durian dari pokok besar di puncak bukit, dan bergolek ke bawah sehingga ia berhenti di tepi SUV baharu Ahmad.

Ahmad membuka pintu, mengambil durian baharu itu dan meletakkan di dalam but. Selepas itu, dia mengundurkan SUVnya dan terus balik ke rumah.

“Nasib baik durian datang ke aku. Kalau tidak, malu nak cerita SUV baharu tak boleh masuk dusun,” katanya dalam hati.

Sampai di rumah, Ahmad membuka emailnya dan menghantar satu surat kepada pihak editorial Careta dengan soalan – apakah dosa SUV ku ini tidak mahu naik bukit walhal ia lengkap dengan sistem AWD?

Hmmm… ini jawapan kami untuk Ahmad dan SUVnya.

19583132 - cartoon monster truck

Apa itu 4-Wheel-Drive atau 4WD atau 4X4?

  • Ini adalah sistem pacuan empat roda yang paling tradisional, dan walaupun bunyinya mudah – iaitu keempat-empat roda digerakkan, ia tidaklah semudah yang disangkakan.
  • Di dalam sistem ini, tenaga dari enjin akan pergi transfer case, iaitu satu komponen di dalam sistem transmisi.
  • Dari kotak transfer-case, tenaga diagihkan secara sama rata kepada roda depan dan belakang.
  • Apa yang terjadi ialah semua roda akan berpusing pada kelajuan yang sama, dan ini sebenarnya menimbulkan masalah, terutama bila kenderaan sedang mengambil selekoh.

4X4 drive train

  • Untuk mengambil selekoh, tayar di sebelah dalam akan berputar LEBIH PERLAHAN dari tayar di sebelah luar.
  • Jika transmisi tidak mampu membenarkan keadaan di atas di mana roda dalam lebih perlahan dari yang di sebelah luar, kenderaan akan hilang kawalan kerana roda dalam akan terpusing atau ’spin”.
  • Ia juga bermakna semakin kurang tenaga untuk “menolak kenderaan itu ke hadapan”.

4x4 mode

  • Kerana itu, sistem 4X4 sekarang membenarkan pemandu memilih mod 4X4 atau 2X4, di mana roda belakang sahaja yang akan berputar.
  • Ini menjimatkan tenaga dan bahan api, serta membolehkan kenderaan anda bergerak di atas jalan tar dengan lebih laju dan selamat.
  • Transfer-case juga mempunyai dua mod untuk 4X4 – High dan Low.
  • Mod 4X4 High ialah untuk pemanduan dalam mod 4X4 yang memerlukan kelajuan yang lebih tinggi. Contohnya, jalan tanah rata yang lurus.
  • Mod 4X4 Low pula ialah untuk permukaan jalan yang sangat licin, seperti lumpur dan pasir dalam, atau apa-apa lagi keadaan yang memerlukan gear yang lebih rendah.
  • 4X4 Low mempunyai halaju maksimum dan sekiranya dilanggar had tersebut, sistem transmisi akan rosak.

Ranger Gulp Batu Hitam 2015-1

  • Kenderaan yang menggunakan transmisi 4X4 selalunya ialah SUV hardcore seperti Mitsubishi Pajero, Land Rover Defender, Suzuki Jimny dan trak-trak pikap lazim seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Mazda BT-50, Nissan Navara dan lain-lain.
  • Kenderaan 4X4 akan mempunyai lower transfer case, dan butang atau knob atau tuil untuk memilih mod 2X4 atau 4X4 High/Low.

honda-cr-v001-1

AWD atau All-Wheel-Drive

  • AWD ialah teknologi yang lebih baharu dan ia sering digunakan oleh kenderaan seperti kereta atau crossover/SUV dengan fokus kepada fungsi urban.
  • Ia bermula bila ramai yang mengadu mereka tidak dapat ke mana-mana kerana salji yang menutupi jalanraya.
  • Kerana itulah AWD diwujudkan. Untuk membantu kenderaan agar mudah dikawal di atas permukaan jalanraya bersalji.
  • Sistem AWD ini tidak seperti sistem 4X4 – sistem AWD selalunya sentiasa dalam keadaan beroperasi (sistem 4X4 selalunya dalam keadaan RWD sehingga dipilih mod 4-High atau 4-Low)

Audi A6 AWD

  • Sistem AWD menggunakan sistem mekanikal atau sistem elektronik.
  • Sistem AWD mekanikal selalunya menggunakan tiga jenis differentials atau pembeza atau selongsong (jangan tanya kami, tanya Dewan Bahasa dan Pustaka kenapa selongsong).
  • Differential ialah satu set gear yang mampu menyalurkan tenaga dari enjin ke gandar hadapan atau belakang, dan antara roda kiri dan kanan.

2013 Jaguar AWD drivetrain diagram

2013 Jaguar AWD drivetrain diagram

  • Ia sangat berguna untuk memastikan kuasa disalurkan ke roda-roda yang mendapat traction atau cengkaman, dan ia mengurangkan kuasa ke roda yang tidak mempunyai cengkaman.
  • Kerana itu, ia juga berguna untuk kenderaan-kenderaan yang mempunyai kuasa kuda yang sangat tinggi. Contohnya, Lamborghini Gallardo LP560-4 (pacuan empat roda) jauh lebih mudah dipandu berbanding dengan Gallardo LP550-2 (pacuan dua roda).

huracan drift

  • Untuk kenderaan dengan kuasa kuda yang lebih normal, sistem AWD membantu cengkaman dalam keadaan jalanraya licin. Musim hujan contohnya.
  • Sistem AWD elektronik pula menggunakan sensor untuk mengesan roda mana yang hilang cengkaman dan pelbagai aspek lain sebelum komputer menentukan kuasa perlu disalurkan ke roda yang mana satu.
  • Ia sangat pintar dan sangat cepat, bermakna pindahan tenaga tidak akan dirasai langsung.

Gambar dari Autoworld

Gambar dari Autoworld

  • Di Malaysia, sistem AWD mula popular selepas Perodua melancarkan Kembaranya.
  • Sayangnya, sistem AWD tidak selasak sistem 4X4 dan tidak sekuat 4X4, dan kerana itu, ia tidak mampu menyalurkan sepenuh tenaga ke roda-roda sepatutnya.
  • Dan itulah yang terjadi pada Ahmad dan insiden dusun durian di Bukit Mor.
  • Bebanan yang dikenakan terlalu “berat” untuk sistem AWD pada SUV baharunya kawal.

2016-toyota-fortuner-debuts-in-australia-and-thailand-with-28-liter-177-hp-engine-photo-gallery_13

Siapa perlu AWD dan siapa perlu 4X4?

Untuk mereka yang banyak memandu di sekitar bandar, AWD lebih sesuai kerana ia menjimatkan penggunaan bahan api, ia lebih selamat pada kelajuan laju dan ia mudah digunakan,

Sistem 4X4 yang ada pada trak-trak atau jalopy mungkin lebih besar, lebih berat dan kurang menjimatkan tetapi ia adalah sistem paling lasak dan mampu membenarkan trak-trak dan 4X4 lain turun padang dan membantu masyarakat semasa darurat banjir dan lain-lain lagi.

banjir