Menurut beliau, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan tersebut telah habis dijual dan ketika ini tiket yang tinggal adalah kelas perniagaan.
Loke berkata, "Saya merujuk kenyataan dalam Facebook Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138.
"Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.
Dalam hantaran tersebut, Loke turut berkata bahawa Kapten Izham telah mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi kelas perniagaan. Harga tiket itu adalah sebanyak RM2,863.40 dan bukannya RM3,138.
Sumber: Facebook Anthony Loke