Anthony Loke batal kontrak kementerian bernilai RM880k serta merta

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan telah membatalkan kontrak perhubungan awam bernilai RM880,000 berkuatkuasa serta merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kontrak tersebut ditandatangani pada 24 Januari 2018 oleh menteri yang terdahulu. 
 

"Wakil kementerian yang memberikan penerangan kepada saya menerangkan bahawa kontrak tersebut dikhususkan untuk membiayai siri penerbitan artikel berkala setiap minggu untuk siaran akhbar dalam tempoh tujuh bulan," ujar beliau. 

"Memandangkan pasukan komunikasi kementerian tidak dapat mengesahkan tujuan sebenar kontrak ini, saya bertindak membatalkan (kontrak ini) serta merta oleh kerana ia masih tidak melibatkan sebarang pembayaran kepada pihak (syarikat perhubungan awam) tersebut," beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Sehubungan dengan itu, menurut Anthony Loke, beliau akan berkomunikasi secara langsung dengan pihak media dan orang awam. 
 

Ketika ditanya berkenaan pengumuman yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir berkenaan syarikat automobil nasional yang bakal menggantikan peranan Proton, Anthony menolak untuk menjawab soalan tersebut dan menyerahkan urusan penerangan tersebut kepada Perdana Menteri sendiri. 

Walaubagaimanapun, Kementerian Pengangkutan di bawah pimpinan Anthony Loke akan terus mengutamakan fokus kepada isu kenderaan awam. 

 

Sumber: The Star Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…