Angkara Brexit - Elon Musk tak jadi buka kilang di UK

oleh Mohamad Hanif|
Bercakap kepada media pada anugerah Golden Steering Wheel Awards yang dianjurkan oleh Auto Bild, CEO Tesla Elon Musk mengesahkan bahawa syarikatnya akan membuka Gigafactory serba baharu di pinggiran Berlin, Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang tersebut bakal digunakan untuk memasang bateri serta trenkuasa yang diperlukan oleh Model Y, serta Model 3 yang dibangunkan menggunakan platform yang serupa. 

Gigafactory Eropah merupakan kilang Tesla yang keempat pada ketika ini, di mana kilang pertama terletak di Nevada manakala yang kedua pula berada di Buffalo, New York. 

Kilang Gigafactory ketiga yang terletak di Shanghai, China dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Elon Musk turut mengakui Brexit merupakan antara faktor yang mendorong beliau untuk tidak meneruskan projek membuka Gigafactory di UK, walaupun telah mengumumkan perancangan tersebut ketika tahun 2014. 

 


"Ketidaktentuan (akibat Brexit) menjadikan ia terlalu berisiko untuk mendirikan Gigafactory di UK," kata Musk. 

Ketika ditanya kenapa beliau memilih Berlin, Elon Musk mengakui kejuruteraan Jerman adalah antara yang terbaik di mana sesetengah kenderaan terbaik di dunia lahir dari Jerman. 

"Itu adalah antara sebab kenapa kami memindahkan Gigafactory Eropah ke Jerman," jelas beliau lagi .

Berita Berkenaan

Berita Global
Semalam Elon melawat kilang itu bersama Armin Laschet, calon konservatif Jerman yang dikatakan…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, ia melibatkan enam syarikat, termasuk dua syarikat berstatus Startup.…
Berita Global
Tesla Cybervan dikatakan bakal dibangunkan di lokasi yang sama di mana Cybertruck dipasang (…