Angka jualan Perodua meningkat 102% pada bulan September

oleh SALINA JALIL|
Penghantaran kenderaan Perodua terus ditambah baik untuk 3 bulan berturut-turut sebanyak 102 peratus kepada 14,160 unit pada bulan September daripada 6,988 unit pada bulan Ogos apabila situasi bekalan bertambahbaik secara beransur-ansur.


"Rangkaian bekalan automotif telah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya. Kami akan terus berusaha bersama-sama para pembekal dan pengedar kami untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Beliau menjelaskan bahawa pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah-langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi Perodua, adalah untuk memastikan kepuasan para pelanggannya.

 

"Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus bersabar kerana kami kini sedang meningkatkan pengeluaran kami," kata Dato’ Zainal.

 

Daripada perspektif setakat tahun ini, Perodua menjual 119,093 kenderaan antara Januari dan September 2021 berbanding 145,012 pada tempoh yang sama tahun 2020.

 

Dalam perbandingan suku kedua tahun ini dengan suku ketiga, penjualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit antara bulan Julai dan September daripada 39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.

 

Sekatan Pergerakan Kedua di seluruh negara bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021.

 

"Suku keempat tahun 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90 peratus populasi orang dewasa Malaysia," kata Dato' Zainal.

 

"Kami ingin mohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan kami akan membantu para pelanggan kami dengan sebaiknya untuk memastikan kenderaan Perodua mereka dihantar secepat mungkin," kata Dato’ Zainal.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…