Angka jualan EV atasi kereta diesel di Eropah sepanjang Jun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sejak skandal Dieselgate oleh Kumpulan Volkswagen, populariti kenderaan berenjin diesel mula menurun, dan ia juga turut disumbangkan dengan pelaksanaan undang-undang emisi yang lebih ketat.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu, kebanyakan pengeluar mula berhenti menawarkan enjin diesel pada kenderaan yang lebih kecil, dan buat pertama kalinya, angka jualan kenderaan diesel berjaya dipintas oleh kenderaan elektrik.

Menurut data European Automobile Manufacturers' Association, pegangan pasaran bagi kereta berenjin diesel hanyalah sekitar 13.4 peratus pada bulan Jun, menurun berbanding 17.4 peratus yang dicapai pada Jun 2022.

Sebagai perbandingan, kenderaan sifar emisi berjaya dijual sebanyak 15.1 peratus, berbanding 10.7 peratus untuk bulan yang sama tahun lalu.
 

EV EURO


Sementara segmen kenderaan hibrid pula terbahagi kepada dua, iaitu kenderaan plug-in hybrid sebanyak 7.9 peratus, diikuti kenderaan hibrid elektrik pengecasan kendiri sebanyak 24.3 peratus.

Data ACEA turut mendapati kenderaan berenjin petrol masih lagi menguasai pasaran, dengan peratusan sebanyak 36.3, atau 379,067 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding Jun 2022.

Biarpun angka jualan meningkat, penguasaan pasaran sebenarnya menurun daripada 38.5 peratus kepada 36.3 peratus disebabkan oleh populariti EV yang kian meningkat.

Sumber: ACEA

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun ramai pemerhati industri meramalkan bahawa Volkswagen akan mengalah, namun hakikatnya…
Berita Global
Namun, Volkswagen tetap optimis bahawa teknologi baharu yang bakal dibawakan pada enjin diesel…
Berita Global
Sebuah mahkamah di Prague memutuskan supaya para pemilik Skoda dan Volkswagen di Czech layak untuk…