AMTEL MEMPERKENALKAN LOKATAG PRO - PEMBACA TOL DAN DASHCAM

oleh Firdaus Razani|
Sejak Lokatag diperkenalkan pada 2019, kini Amtel yang juga syarikat disebalik inovasi aksesori automotif itu telah memperkenalkan Lokatag Pro, yang menawarkan pengalaman pemanduan yang terhubung dengan lancar, selamat dan pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lokatag Pro merupakan sebuah Pembaca Tol Tersambung yang mempunyai peranti tambahan iaitu dashcam yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu individu.

 

lokatag

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amtel Holdings Berhad, Chester Koid berkata, "Kami sedang memulakan era baharu aksesori automotif, di mana keselamatan, inovasi dan ketersambungan menyatu dengan lancar ke dalam satu platform pintar yang dikenali sebagai "Ekosistem Loka”.

Antara ciri teknologi yang ada pada pembaca tol menggunakan teknologi inframerah daripada Efkon dan menyokong kedua-dua kad Touch ’N Go NFC lama atau baharu yang membolehkan pengguna memandu melalui lorong SmartTAG.

 

lokatag

 

Selain itu, ciri kamera pemukanya dapat merekodkan rakaman video dengan kualiti tinggi di hadapan yang memberikan pemandu tahap keselamatan tambahan.

Keunikan Lokatag Pro ini juga, ia mempunyai ciri gesaan artificial intelligence (A.I) voice yang akan memaklumkan kemas kini tentang baki kad dan makluman dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

 

lokatag

 

Lokatag Pro juga dilengkapi dengan e-SIM gred automotif yang dilengkapi dengan rangkaian perkhidmatan bersambung lain seperti penjejakan GPS, makluman masa nyata, kawalan jauh awan dan akses serta kemas kini melalui udara (OTA).

Selain itu, penderia dan sistem pemantauan terbina juga meningkatkan keselamatan kenderaan dengan memaklumkan pengguna tentang aktiviti yang mencurigakan untuk tujuan pembuktian.

 

lokatag

 

"Memandangkan Lokatag berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pemanduan bagi setiap rakyat Malaysia, matlamat kami adalah untuk memuatkan 500,000 pengguna dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian daripada Ekosistem Loka kami," kata Chester.

Lokatag Pro akan dijual pada harga RM 1799 dan tersedia untuk pratempahan boleh melalui laman web www.lokatag.com dan dijangkakan akan dihantar pada Mac 2024.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menerusi usahasama dengan Shopee Malaysia (www.shopee.com.my),  setiap pembelian LokaTAG dari…