AMG mungkin kurangkan penawaran model demi regulasi emisi Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG merupakan antara yang berani mempertaruhkan variasi model-model berprestasi tinggi untuk setiap lapisan masyarakat yang beruang (berwang), baik daripada segmen hot hatch, crossover, SUV lima pintu, SUV coupe, sedan dan tidak ketinggalan wagon!
AION MREC Banner Campaign May 2024

Boleh kata hampir setiap segmentasi kenderaan akan ada wakil daripada Mercedes-AMG. 

Namun, perkara tersebut mungkin akan berubah sikit masa lagi memandangkan Kesatuan Eropah sudah mula mengenakan peraturan emisi yang lebih ketat, iaitu 100g/km. 

Menurut sumber yang diperoleh daripada The Financial Times, Mercedes-AMG berkemungkinan besar akan mengurangkan sehingga 75 peratus daripada barisan model prestasi tinggi sedia ada demi mematuhi peraturan tersebut. 
 


Ini kerana, barisan kenderaan Daimler mencatatkan penghasilan emisi sekitar 138g/km dan ia masih lagi jauh ketinggalan berbanding peraturan 100g/km yang bakal bermula tidak lama lagi.

Jika Mercedes-AMG masih tidak dapat mematuhi peraturan tersebut, mereka perlu mengurangkan jumlah model sedia ada atau bakal menerima denda yang sangat besar daripada European Union pada tahun 2021.

Ini secara tidak langsung bakal menjejaskan keuntungan yang diperoleh oleh Mercedes, memandangkan jentera berprestasi tinggi jauh lebih untung berbanding penjualan model standard, menurut pandangan pakar.

Laporan awal sebelum ini ada menyebut AMG sedang dalam perancangan untuk menggantikan enjin V8 kepada enjin 2.0 liter yang dilengkapkan pada model A 45 dengan bantuan sistem hibrid. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris…
Sukan Bermotor
Kemenangan itu juga memberikan pasukan baharu dari Malaysia, Racing Aurora kemenangan pertama Kelas…