Amerika Utara pasaran terbesar Mazda, bukan China atau Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda Motor Corporation pada 27 April telah mengumumkan prestasi syarikat untuk tahun fiskal 2017-18 yang berakhir pada 31 Mac 2018.

Prestasi sepanjang tahun fiskal itu memberikan beberapa fakta menarik dan contoh penting bagaimana syarikat kecil boleh bersaing dengan gergasi besar seperti Toyota dan Volkswagen.

Pertama ialah ini adalah tahun ketiga berturut-turut syarikat mencatatkan peningkatan jualan, kedua ialah kesemua pasaran utama dunia mencatat perkembangan positif dan ketiga ialah siri SUV CX mendominasi permintaan mengatasi model-model lain.

Pada tahun fiskal 2017-18, jualan global Mazda ialah sebanyak 1,631,000 unit meningkat sebanyak lima peratus atau 72,000 unit berbanding tahun fiskal terdahulu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mazda CX-5

 

Kesemua pasaran utama mencatatkan perkembangan positif dengan China sebagai peneraju iaitu sebanyak 11 peratus pertambahan jualan kepada 322,000 unit.

Jumlah jualan tersebut bagaimanapun masih di belakang Amerika Utara yang merupakan pasaran terbesar Mazda dengan jualan sebanyak 435,000 unit. Jumlah itu meningkat satu peratus berbanding tempoh sebelum ini.

Pasaran ketiga terbesar pula ialah di benua Eropah dengan jualan sebanyak 242,000 atau peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tempoh fiskal lalu.

Di tempat keempat barulah negara asal Mazda iaitu Jepun sebanyak 210,000 unit dengan pertambahan jualan empat peratus berbanding tempoh sebelum ini. 

 

Mazda CX-3

 

Walaupun Mazda menghasilkan kereta kompak dan penumpang yang menarik seperti Mazda2, Mazda3 dan Mazda6, jualan syarikat didominasi oleh barisan SUV CX iaitu sebanyak 46 peratus.

Ini adalah selari dengan trend semasa dan sebagai contoh jualan CX-5 telah bertambah sebanyak 17 peratus di Eropah.  

Kesemua rekod sepanjang 12 bulan ini diterjemahkan dalam prestasi kewangan syarikat.

Hasil syarikat telah meningkat sebanyak lapan peratus kepada YEN 3.47 juta dengan keuntungan operasi sebanyak YEN 146 bilion dan untung bersih meningkat 19 peratus kepada YEN 112 bilion.

 

Mazda Kai Concept

 

Untuk masa sekarang, Mazda mahu menfokuskan kepada teknologi baharu seperti SKYACTIV-X dan teknologi masa depan seperti elektrifikasi, pemanduan autonomi dan juga reka bentuk KODO.

Sasaran Mazda ialah untuk mencapai perkembangan jualan sebanyak 50,000 unit setiap tahun dengan menggunakan sepenuhnya kapasiti pengeluaran sedia ada sebanyak 1.8 juta setahun sehinggalah kilang baharu di Amerika Syarikat yang terletak di Alabama siap.

Mazda juga pada tahun ini akan melancarkan beberapa model yang telah dikemaskini di Eropah seperti Mazda6, Mazda MX-5 roadster dan Mazda CX-3.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…