Alza Facelift dilancarkan - kemaskini rekaan serba baru, harga bermula dari RM51k

oleh Mohamad Hanif|
Perodua secara rasminya telah memperkenalkan MPV tujuh tempat duduk paling mampu milik Alza dengan wajah baharu ke pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin berkata, "Perodua Alza terbaharu kami ini masih lagi menawarkan keselesaan, praktikaliti, fleksibiliti dan ruang yang cukup untuk tujuh orang – menjadikan ianya MPV yang digemari dan menjadi pilihan rakyat Malaysia selama hampir sedekad.”

"Dengan ruang simpanan yang banyak serta konfigurasi tempat duduk yang fleksibel, Alza terbaharu ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan penggunaan harian seiring dengan kata jenamanya ‘Sehebat Anda,’” katanya.

Sehingga kini terdapat lebih daripada 344,200 unit Alza telah dijual sejak pengenalan pertama model itu pada tahun 2009.


Ciri-ciri yang baharu dalam kesemua varian antaranya grafik panel instrumen dan kluster tengah yang direka semula, serta kunci kawalan jauh two-motion (tekan sekali untuk membuka pintu pemandu, tekan dua kali untuk membuka kesemua pintu).

Aliran penyaman udara ke barisan tempat duduk ketiga bertambah baik dengan adanya ciri baharu termasuk sirip tetap yang terletak di antara corong udara tengah hadapan serta penambahbaikan kepada sistem penyejatan dan saluran pertukaran haba.

Semua varian dilengkapi dengan lampu kabus depan, spoiler belakang, stereng kulit, filem tingkap keselamatan dan solar, sensor belakang dan aloi 15 inci dengan kemasan warna perak pada varian Standard dan titanium pada varian SE dan Advance.

Berikut merupakan perincian bagi setiap varian Alza yang dilancarkan:

 

Standard

 

 

  • Lampu kabus hadapan
  • Spoiler belakang
  • Stereng balutan kulit
  • Filem solar dan keselamatan tingkap
  • Rim aloi 15 inci kemasan perak
  • Sistem audio dengan USB dan Bluetooth
  • Rekaan panel meter baharu
  • Kunci kawalan jauh two-motion
  • Tempat duduk fabrik
  • 2 beg udara
  • Cagak ISOFIX (baris kedua)
  • ABS, EBD, Brake Assist

 

SE


(tambahan kepada ciri di atas)

  • Bumper hadapan rekaan baharu
  • Gril hadapan rekaan baharu
  • Skirt sisi
  • Bumper belakang rekaan baharu
  • Rim aloi 15 inci kemasan titanium
  • Tempat duduk fabrik bergred tinggi
  • Cangkuk 'teh tarik'
  • Sensor pada sudut hadapan
     


Advance


(tambahan kepada ciri SE)

  • Sistem multimedia skrin sentuh Android 
  • Fungsi Smart Link, Bluetooth, navigasi
  • Paparan kamera undur
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Monitor roof-mounted untuk penumpang belakang
     


Aksesori Gear Up


"Menyedari bahawa rakyat Malaysia lebih gemar mengubahsuai kenderaan mengikut keperibadian mereka, Perodua buat kali pertamanya akan memperkenalkan pelbagai aksesori GearUp yang unik untuk Perodua Alza baharu ini termasuk aksesori luaran, pembalut tempat duduk bercorak quilt dan pelindung matahari,” kata Dato' Dr Zahari.

Untuk ciri keselamatan, Perodua Alza baharu dilengkapi dengan dua beg udara hadapan, ABS dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (Brake Assist) dan poin ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak di barisan tengah, memberikan model ini penarafan keselamatan empat bintang oleh ASEAN NCAP.

"Tempahan Perodua Alza baharu kini dibuka, yang mana ia akan menemui anda di  bilik pameran kami di seluruh negara secara berperingkat mulai 6hb September. Rasai pengalaman dengan memandu uji kenderaan kami dan penasihat jualan kami yang sah amat berbesar hati untuk membantu dan menjawab sebarang pertanyaan anda," kata Dato' Dr Zahari.


 

Perodua Alza baharu ditawarkan dengan waranti lima tahun/150,000km (yang mana terdahulu). Warna-warna yang terdapat pada Perodua Alza baharu adalah Granite Grey (warna baru dan eksklusif untuk varian SE dan Advance sahaja), Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple dan Electric Blue.

Perodua Alza Standard (MT)        RM51,490
Perodua Alza Standard (AT)         RM54,290
Perodua Alza SE (AT)                   RM56,890
Perodua Alza Advance (AT)          RM62,690

Semua harga atas jalan (OTR) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…