All Car Nation 2018 di MAEPS hujung bulan ini!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penganjur Art of Speed, acara gaya hidup autmotif nombor satu Malaysia kini hadir dengan satu lagi acara yang khusus untuk peminat kenderaan roda empat.

Acara All Car Nation 2018 (ACN 2018) ini akan dianjurkan di tapak yang sama dengan Art Of Speed, iaitu di MAEPS, Serdang.

Di bawah ialah antara info penting untuk ACN 2018:

  • Tarikh: 24-25 Februari 2018
  • Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • Lokasi: Tempat Parkir Kereta Dewan A, MAEPS, Serdang
  • Kemasukan dan penyertaan: PERCUMA

Acara dua hari itu adalah percuma untuk semua dan jangan ingat kerana ia percuma, ia tidak hebat.

 

Menurut pasangan suami isteri Asep Ahmad Iskandar dan Deni AB,  ACN 2018 akan menampilkan lebih banyak aktiviti kenderaan roda 4.

"Di Art of Speed, kereta dan trak terpaksa berkongsi ruang dengan motosikal-motosikal kustom. Dalam ACN, semua tumpuan diberikan kepada jentera-jentera roda empat," ujar Asep di pejabatnya.

 

Di bawah ialah antara aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang acara dua hari itu:

  • Pertandingan Kereta Stance
  • Pameran Kereta Klasik/Retro
  • Pameran dan Perjumpaan Hotwheels
  • Klinik Drift
  • Teksi Drift
  • Pameran dan Pandu Uji Kereta- Kereta Baharu
  • Ujian Dyno

Juga akan hadir ialah rakan-rakan dari truck drag race scene di mana trak-trak pikap dengan modifikasi ekstrem akan turun menampilkan kenderaan mereka dan perancangan sedang dilakukan untuk mereka melakukan sedikit demonstrasi untuk sukan lumba drag pikap.

 

 

Ujian dyno itu pula terbuka kepada semua, dan dipecahkan kepada tiga kategori (terbuka, coupe dan K-car). Peralatan dyno yang akan digunakan ialah sama seperti yang digunakan di acara Summernats di Australia. Diharapkan agar sukan dyno ini akan menjadi sesuatu yang lazim di Malaysia kelak.

Untuk keluarga pula, jangan risau. Deni, isteri kepada Asep memang akan memastikan kaum ibu dan anak-anak tidak dilupakan.

Tersedia ialah aktiviti-aktivii di bawah, khusus unuk seisi keluarga:

  • Pengalaman Belon Panas Percuma
  • Vertical Bungee
  • Cabaran Simulator
  • Permainan Karnival
  • Coffee and Breakfast
  • Jualan Hotwheels

 

 

Hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung dan peserta pertandingan. 

Bagi pameran kereta Klasik dan Retro, ia akan diadakan pada hari Sabtu 24 Februari, dari jam 9.00 pagi dan untuk kenderaan modern, ia akan dimulakan pada jam 11.00 pagi, hari yang sama.

Sarapan pagi disediakan untuk 300 peserta pertama.

 

Pada hari Ahad, acara bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan persembahan penyampaian anugerah dan acara pentas.

Acara pentas melibatkan selebriti seperti Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf yang dibawakan khas oleh SL1M.

Kemuncak acara ACN 2018 ialah cabuan bertuah yang menawarkan sebuah Perodua Myvi 2018 sebagai hadiah utama.

 

 

Acara ACN 2018 ini dianjurkan serentak dengan Program Temuduga Terbuka SL1M atau Skim Latihan 1 Malaysia.

Ia akan dianjurkan di kawasan yang sama (MAEPS) dan ia terbuka kepada mereka yang mempunyai kelulusan minimum PMR hingga ke PHD.

SL1M adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan yang masih menganggur. 

Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran dan latihan di lepasan siswazah, terutamanya dari keluarga yang kurang bernasib baik. 

 

 

Pada akhir program ini, graduan-gradiuan ini akan membangunkan penguasaan diri, mempelajari amalan kerja terbaik dan mendapat pengalaman di dalam dunia korporat melalui pembelajaran berasaskan kerja yang mencabar.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan acara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara tumpuan pengunjung yang Careta lihat pada hari Sabtu dan Ahad itu ialah: 1. Pengalaman…