Alexander Nanta Linggi - Jangka hayat jalan raya diturap, ditampal semula boleh capai 7-8 tahun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jangka hayat jalan raya yang diturap atau ditampal semula boleh mencapai tujuh hingga lapan tahun, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, tempoh hayat jalan raya itu adalah berdasarkan piawaian badan antarabangsa selepas ia diturap atau ditampal semula mengikut prosedur operasi standard (SOP) teknikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Memang ada jangka hayat jalan itu. Kalau mengikut piawaian badan antarabangsa, satu jalan itu selepas dibina semula, jangka hayatnya adalah tujuh hingga lapan tahun.

"Kita terhad dalam kewangan... saya difahamkan untuk menyempurnakan semua jalan yang ada, ia memerlukan RM4 bilion tetapi dalam belanjawan, tidak sampai separuh daripada keperluan itu yang diterima.

"Bagaimana kita hendak buat yang terbaik... ia mungkin tidak dapat kerana terhad dalam kewangan," katanya pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai jangka hayat jalan yang diturap semula kerana ia didakwa cepat rosak.

Dalam pada itu, Alexander berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) turut membangunkan aplikasi MyJalan KKR yang membolehkan pengguna jalan raya mengajukan permohonan atau memberi makluman berhubung kerosakan kemudahan asas terbabit.

"Saya meminta KKR membangunkan aplikasi ini bagi memudahkan penyaluran aduan kepada kementerian, kerana ada jalan bukan bawah seliaan KKR... ada yang bawah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Melalui MyJalan KKR, kita akan menyalurkan dan menapis permohonan lalu berikan kepada pihak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen disaran mengemukakan cadangan naik taraf jalan kepada pihak kerajaan negeri untuk dimasukkan ke dalam keutamaan melalui pelan pusingan akan datang.

Katanya, KKR kemudian akan meneliti cadangan itu selepas ia diangkat kepada agensi pusat, dengan kelulusannya bergantung pada peruntukan.

"Kita terbuka kepada permohonan. Kalau ada berlaku kelewatan, saya mohon maaf. Namun, KKR mengamalkan prinsip terbuka sama rata, tidak kira pihak di sana (pembangkang) atau di sini (kerajaan)," katanya.

 

- 7 ke 8 tahun atau 7 ke 8 bulan? -

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Informasi
  Satelit baru ini akan membantu mempertingkatkan tahap kelajuan jalur lebar dengan signifikasi…
Informasi
Turutan dari kejadian kemalangan maut yang menimpa beberapa model kenderaan seluruh dunia,…