Alef Model A, kereta terbang pertama di dunia dapat kelulusan FAA

oleh Mohamad Hanif|
Alef Aeronautics Model A secara rasmi diiktiraf sebagai 'kereta terbang sebenar' pertama yang menerima kelulusan untuk terbang di Amerika Syarikat daripada Federal Aviation Administration (FAA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti Terrafugia Transition dan Samson Swithblade, rekaan Alef Model A membolehkannya untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada sayap kekal, bermakna ia juga tidak memerlukan landasan fizikal untuk terbang dan mendarat.
 

Alef


Alef Model A merupakan kenderaan eVTOL (electric vertical takeoff and landing) yang mampu menawarkan jarak penerbangan sejauh 177 km, dan boleh dipandu atas jalan raya sejauh 322 km untuk sekali cas penuh.

Biarpun ia berbentuk seperti sebuah kereta 'sedan', panel badan dengan struktur berjejaring tersebut sebenarnya menyembunyikan lapan bilah kipas untuk terbang dan mendarat secara menegak.
 

Alef


Syarikat pemula itu telah pun membuka pra-tempahan untuk kereta terbang Model A pada Oktober tahun lepas, dan mendakwa telah menerima lebih daripada 440 tempahan sehingga akhir tahun 2022.

Sekiranya Model A dijual secara rasmi kepada umum, pembeli perlu membelanjakan kos bermula dari $300,000 (RM1,400,250) untuk membolehkan mereka memiliki sebuah kereta terbang yang sebenar.

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenderaan itu dirakam semasa Pameran Automotif  Detroit di negeri Michigan, minggu ini. Ia…