Loujain al-Hathloul telah dituduh menyalahgunakan internet untuk mempromosikan agenda luar, menghubungi ejen asing serta berniat untuk menukar sistem pemerintahan asas di Arab Saudi.
Ironinya, tidak lama selepas beliau dan 10 orang aktivis wanita ditahan pada tahun 2018, Arab Saudi kemudian menarik balik larangan terhadap pemandu wanita.
Loujain Al-Hathloul memulakan aktivitinya semenjak tahun 2013 dengan memuat naik video memandu dari lapangan terbang Riyadh ke rumah beliau tanpa mengenakan sebarang penutup muka, selain pernah ditahan selama 73 hari pada tahun 2014 akibat cuba memasuki Arab Saudi dari United Arab Emirates.
Walaupun pemandu wanita kini sudah mula dibenarkan memandu, keadaan semasa masih lagi tidak menyebelahi mereka.
Ini kerana menurut laporan daripada Gulf News, terdapat beberapa cabang sekolah memandu di sana mengenakan yuran yang lebih tinggi terhadap pemandu wanita berbanding pemandu lelaki.
Data daripada kerajaan Saudi menunjukkan terdapat 70,000 pemandu wanita yang berlesen daripada populasi berjumlah 34 juta di negara tersebut.