Akio Toyoda beri petanda kewujudan semula Toyota Celica

oleh Mohamad Hanif|
Nama Celica kerap kali disebut-sebut sebagai sebuah model yang bakal membuat kemunculan semula dalam era moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, berita tersebut datang sendiri daripada pengerusi Toyota, Akio Toyoda dalam satu temubual di saluran YouTube Toyota Times.

Menurutnya, beliau telah pun menghantar permohonan untuk menghidupkan semula plet nama ikonik itu.

Namun, pengerusi itu menjelaskan biarpun dengan kedudukannya sebagai orang atasan, permintaan tersebut tidak bermaksud kemunculan Celica adalah satu kepastian.

Petunjuk kehadiran semula Celica tidak terhad kepada kata-kata Akio Toyoda semata-mata.
 

Celica


Malah semasa penganjuran Rally Hokaido, Toyota telah menjemput Juha Kankkunen, seorang pemandu rali Finland yang telah memenangi kejuaraan dengan menggunakan Toyota Celica.

"Kankkunen merupakan Mr. Celica. Beliau merupakan juara empat kali dengan memandu Celica.

"Sekarang anda boleh berfikir dengan mendalam kenapa saya suka menggunakan (peranan) Kankkunen.

Sebelum ini, laman Best Car Web pernah melaporkan tentang kewujudan projek menghasilkan model pengganti Celica di bawah naungan presiden baharu.

Terdapat kemungkinan besar Celica bakal dilahirkan sebagai kereta sports coupe berkuasa elektrik, sebagai pelengkap kepada barisan model GR berkuasa petrol sedia ada.

Sumber: Toyota Times melalui Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, Celica dikatakan bakal menerima inovasi terbaharu Toyota, di mana ia…
Informasi
"Dua botol plastik berkenaan akan dihantar kepada pakar bagi pengesahan lanjut. Siasatan lanjut…
Berita Global
Biarpun Toyota kini sudah pun mempunyai barisan kereta sports yang ampuh seperti GR Supra, GR…