Akibat kecuaian, sebuah Lamborghini Huracan Performante musnah dalam kebakaran di stesen minyak

oleh Muhamad Hanif|
Sebuah Lamborghini Huracan Performante didapati musnah di dalam sebuah kebakaran di stesen minyak bertempat di St. Louis, Missouri.
Merdeka Bonanza

Menurut laporan yang didapati menerusi media sosial, Huracan Performante berwarna deep blue itu didapati terbakar disebabkan kecuaian sebuah kenderaan lain yang bergerak ketika nozel pam minyak masih berada di dalam posisi tangki minyak.

 


Situasi itu menyebabkan semburan bahan api mengenai bahagian ekzos panas pada Lamborghini menyebabkan kebakaran sehingga menyebabkan kerugian berjumlah hampir $400,000 (RM1.61 juta). 

Kejadian tersebut berlaku pada jam 8 malam waktu tempatan dan kedua-dua kenderaan dan pam minyak bersebelahan musnah sama sekali. 
 


Pasukan bomba tempatan telah dikerahkan ke tempat kejadian dan kebakaran tersebut berjaya dikawal hasil laporan daripada orang awam. 

Walaupun kejadian tersebut menyebabkan kerugian jutaan ringgit dollar Amerika, pasukan berkuasa tempatan mengesahkan tiada nyawa yang terkorban. 

 


Sumber gambar: goldRush Rally

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  Salah satu kaedah yang dipraktiskan oleh syarikat China ialah menguasai syarikat ternama seperti…
Berita Global
Keadian tersebut berlaku di Allanbrooke Road menuju ke Cove Avenue pada 4.50 petang semalam.   
Berita Global
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…