Akibat dilanggar trak, jambatan teralih enam kaki!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah jambatan diberitakan teralih sejauh enam kaki daripada kedudukan asal akibat dirempuh sebuah trak yang membawa muatan sampah pada 15 Julai yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Georgia Department of Transportation, trak tersebut didapati membawa sampah dalam keadaan muatan belakang ditinggikan sebelum tersangkut ketika melalui bawah jambatan di Interstate 16.

 

jambatan tidak runtuh


Insiden tersebut berlaku jam 3.00 pagi waktu tempatan dan tidak diketahui apakah tujuan pemandu tersebut meninggikan muatan yang dibawanya sehinggakan tersangkut dan menyebabkan struktur asal jambatan beralih sejauh enam kaki.

Disebabkan kejadian tersebut, kesesakan berlaku di laluan yang menghubungkan antara dua bandar besar Savannah dan Macon bagi memberi laluan kepada petugas untuk membersihkan kesan pelanggaran tersebut.

Menurut laporan itu lagi, trafik yang menuju ke arah barat terpaksa dilencongkan sejauh 39 km, manakala trafik ke arah timur pula dilencongkan sejauh 16 km sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…