Akhirnya, Rolls-Royce Phantom dimasukan enjin 2JZ!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jangan terlalu mengutuk tuners Malaysia kerana memasukkan enjin-enjin Jepun ke dalam kereta Continental kerana nampaknya, di Jepun sudah ada tuner yang membuang isi perut sebuah Rolls-Royce Phantom dan memasukkan nadi enjin Jepun.

Enjin asal 6.75 liter V12 yang seberat Pulau Langkawi itu digantikan dengan enjin 2JZ dari sebuah Toyota Supra yang mampu menghasilkan 900 hp.

Dengarnya enjin Phantom itu rosak dan dari mengeluarkan duit untuk membaikinya, pemilik Jepun itu menggantikannya dengan enjin Supra.

phantom celup

Transmisi menggunakan unit automatik dengan tuil gear di lantai (Phantom asalnya menggunakan tuil gear di kolum stereng ya).

Yang sangat janggal ialah meter-meter aksesori untuk suhu, kelajuan, boost dan sebagainya diletakkan di atas papan pemuka.

Kami rasa mungkin, mungkin anak pemilik ini yang membuatnya. Nasib baik tidak ditambah stiker TRD sebesar alam di atas Phantom itu.

Apapun, akhirnya apa yang kita jangka tak akan berlaku sudah pun berlaku. 

Jangan terkejut jika ada Avantador pula dengan enjin 2JZ nanti. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…