"Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan bagi menampung permintaan tiket yang tinggi untuk balik kampung sempena Aidilfitri.
"Jumlah bas tambahan dijangka akan meningkat sehingga permohonan LPS tutup pada 4 petang Selasa. Pada tahun lepas, sebanyak 256 bas tambahan telah diluluskan oleh APAD," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau pengoperasian TBS sempena Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua Pengarah APAD Datuk Azlan Shah Al Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Datuk Roslan Sharif.