Adik tiri Rossi bakal berlumba dalam Moto 2?

oleh Afandi Che Muhamad|
Kuah kalau tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi.
Kawasaki Legend Reborn

Mungkin itu perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan persamaan antara dua beradik ini.

Terbaharu, Luca Marini yang juga merupakan adik tiri kepada juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sembilan kali, Valentino Rossi dilaporkan bakal berlumba mengikuti jejak langkah abangnya itu.

Memetik laporan Cycle World sebagai berkata, Marini, 20, mengesahkan bahawa dia bakal berlumba dalam kelas Moto 2 mewakili Sky Racing Team VR46 bermula musim ini.

Harus diketahui, pasukan perlumbaan tersebut dikendalikan Akademi Rossi dan syarikat telekomunikasi terkemuka United Kingdom (UK).

Turut hadir pada majlis pengumuman pelumba itu ialah Stefania Palma (ibu kepada Rossi dan Marini).

Gambar di atas menunjukkan Marini (duduk paling kanan) bersama barisan pelumba Sky Racing Team VR46 lain seperti Francesco Bagnaia, Nicolò Bulega dan Dennis Foggia.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mengimbau kembali prestasinya pada perlumbaan sama tahun lalu, Zen low berjaya menamatkan…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Reuters dan Mykhel, Honda Racing Corporation bersetuju untuk mengikat kontrak…
Berita Domestik
Memetik laporan Berita Harian hari ini, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi. Ketika kejadian,…