Adakah sorotan lampu hadapan kenderaan anda betul?

oleh SALINA JALIL|
Pencahayaan jalanraya sewaktu pemanduan di malam hari memang nyata memainkan peranan amat penting untuk keselamatan memandu.


Bukan sahaja ia nya penting bagi anda sahaja, malah sorotan cahaya atau pengarahan lampu yang betul juga adalah mustahak, agar mampu memaksimakan pencahayaan dan juga tidak menyilaukan pengguna jalanraya yang lain.


AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Lampu kenderaan anda dilengkapi lensa di bahagian depan, agar mampu menumpukan cahaya pada titik tertentu. Bagi kenderaan yang menggunakan dua atau lebih lampu, lensa tersebut akan memfokuskan cahaya untuk digabungkan pada satu satah dan titik tertentu bagi mendapatkan keterangan pencahayaan yang maksima tanpa menyuluh terlalu tinggi dan menyilaukan pengguna jalanraya lain.

 

Jajarkan semula lampu anda setiap 12,000 kilometer, kerana penggunaan harian dan perlanggaran kecil mampu mengalih kedudukan skru pelaras lampu dan menyebabkan ia tidak lagi menyuluh di tempat yang betul.  

 

Untuk memeriksa atau melaraskan pencahayaan lampu anda dengan betul, ia hanya mengambil masa kira kira 60 minit.

 

Pertama sekali, anda memerlukan satu kawasan rata dan hadap ke arah sebuah dinding. Rapatkan kereta anda sedekat mungkin menghadap dinding tersebut.

 

Rujuk buku manual pemilik bagi kereta anda untuk mengetahui kedudukan skru pelaras lampu anda, dan juga jenis pemutar skru atau spanar yang diperlukan.

 

Pastikan juga anda dapat membezakan di antara skru pelaras lampu dan skru pengikat lampu, agar anda akan memutar skru yang betul.

 

 

 

Nyalakan lampu rendah anda. Gunakan pita pelekat dan tandakan paras datar lampu anda. Tandakan juga titik satah menegak dan silangkan kedua dua tanda itu untuk mendapatkan pusat pencahayaan lampu anda. Ini adalah penting kelak untuk memeriksa penjajaran sisi lampu anda.  
 

 

Alihkan kereta anda pada jarak 25 kaki jauhnya dari dinding tadi. Nyalakan lampu rendah anda. Laraskan skru lampu anda agar cahaya setiap lampu berfokus dua inci ke kiri dari titik tadi, dan dua inci ke bawah nya (A).

 

1

 

Lakukan ini untuk ke dua dua lampu. Sekarang nyalakan lampu tinggi dan laraskan agar titiknya berada di bawah  garis datar dan sedikit ke dalam dari kedua dua titik silang yang anda tandakan pada mula nya.

 

Anda sepatutnya telah mendapat kedudukan larasan lampu yang betul. Pastikan bahawa cahaya kedua nya bertindan kemas iaitu tidak terdapat seperti bayangan dua garisan pada lampu rendah. Jika ada, lakukan pelarasan akhir untuk membetulkan nya.

 

Pada jarak ini kedua dua lampu sepatutnya memfokus pada titik yang sama untuk pencahayaan maksimum tanpa menyilaukan pengguna jalanraya lain.

 

Sedikit pesanan ringkas: jangan BUTAKAN mata pemandu lain sekiranya anda mempunyai masalah rabun malam, sila dapatkan cermin mata yang bersesuaian!  Lampu hadapan dari jenis HID yang dibeli dan dipasang di kedai aksesori juga (tanpa Projector) adalah satu kesalahan dan boleh disaman, melainkan ia adalah dari kilang pengeluar kereta itu sendiri!

Fog Light atau lampu kabus belakang juga tidak perlu digunapakai di negara kita kerana negara kita TIADA SALJI yang menutupi penglihatan mata.