Adakah ini trak pikap Triton generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun versi terkini trak pikap Triton baharu sahaja dilancarkan, ia tidak menghalang imaginasi daripada seorang pereka Ajay Parameswaran (tidak, beliau bukan pewaris Parameswara) daripada menghasilkan versi ranggi Mitsubishi Ute.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tatkala Mitsubishi Triton masih mengekalkan imej asal sebuah trak pikap konvensional, versi yang dipaparkan ini menampilkan rekaan yang lebih seimbang, ringkas dan lebih sporty dalam masa yang sama. 

 


Rekaan bumbung terapung yang selama ini menjadi kebiasaan pada hatchback dan crossover turut diaplikasikan pada trak pikap sukan ini sebelum diakhiri dengan penampilan grafik RalliArt yang amat sinonim dengan Mitsubishi.

 


Rekaan kabin dalaman pula tampak lebih solid, dengan papan instrumen dua tingkat yang memberikan ruang penyimpanan barang yang lebih banyak dan tersorok, sesuai untuk kegunaan harian. 
 


Paling tidak, Careta merasakan ia merupakan sebuah konsep yang menarik dan ia berjaya 'lari' daripada kebiasaan trak pikap yang ada di pasaran. 
 

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…