Acura ZDX Type S, anggaran 500 hp, SUV elektrik pertama Acura dan paling berkuasa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Acura ZDX Type S 2024
Acura ZDX Type S 2024
Nama Acura kerap disebut peminat kereta dari merata lokasi selepas menghidupkan semula model ikonik Integra.

Lebih mengujakan Integra Type S adalah versi premium Honda Civic Type R.

Acura nampaknya sekali lagi menarik perhatian dengan memperkenalkan ZDX, kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama syarikat.

Acura memulakan langkah dengan turut memperkenalkan varian berprestasi ZDX Type S yang menghasilkan 500 kuasa kuda (hp) dan kini SUV Acura paling berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Acura ZDX 2012

 

ZDX baharu merupakan model generasi kedua selepas generasi pertama dikeluarkan dari 2009 hingga 2013 yang tampil menyerlah dengan reka bentuk futuristik.

ZDX baharu dibangunkan secara bersama dengan GM dan menggunakan platform kenderaan elektrik global yang dikuasakan bateri Ultium. Model paling hampir ialah Cadillac Lyriq.

Walaupun dibangunkan sebagai SUV, ZDX nampak rendah dan Acura memaklumkan model ini mempunyai pusat graviti yang rendah dan nisbah berat hampir 50/50.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

ZDX A-Spec dikuasakan motor tunggal belakang yang menghasilkan anggaran kuasa 340 hp dan turut ditawarkan dalam versi motor berkembar dan pacuan semua roda.

Jurutera Acura telah menala suspensi multipautan depan dan belakang bagi memberikan pengalaman pemanduan premium dan dengan prestasi bertenaga.

Sama seperti Type S lain, Acura telah meningkatkan setiap elemen ZDX Type S baik dari segi pecutan, pembelokan dan pembrekan.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Kesemua itu dibuat tanpa mengabaikan keselesaan dan pemanduan harian. Pemandu juga diberi beberapa mod pemanduan termasuk Sport untuk pecutan dan tindak balas maksimum.

ZDX Type S dilengkapi perkakasan istimewa seperti suspensi udara dengan ketinggian boleh laras dan peredam suai talaan berprestasi dan rim 22 inci.

Saiz itu paling besar untuk model Acura dan dipadan bersama tayar 275/40ZR22 jenis pembaikan sendiri. Turut ditawar, tayar musim panas berprestasi tinggi dan rim hitam kilat.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Set brek Brembo™ enam omboh menyerlah dalam warna kuning dan cakera depan sebesar 15.6 inci. 

Untuk pengecasan, model ini boleh menggunakan pengecas pantas DC pada kadar sehingga 190 kilowatt-jam (kWj).

Reka bentuk luar dan dalam diterajui kakitangan di Studio Reka Bentuk Acura di Los Angeles yang juga studio reka bentuk ZDX generasi pertama.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Bahagian depan menyerlah dengan lampu nyalaan siang atau DRL Chicane, lampu utama Jewel Eye™ dan corak Diamond Pentagon serta nyalaan lampu pada panel depan.

Acura merekabentuk bahagian dalam untuk pemandu. Bahagian dalam ZDX seperti kereta biasa dan bukan dengan papan pemuka sekeping dan skrin besar.

Kesemua varian ZDX dilengkapi sistem Google terbina dalam dengan aplikasi seperti Google Assistant dan Google Maps dan pelbagai di dalam Google Play.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Skrin Precision Cockpit Driver Information Cluster berukuran 11 inci dan Center Information Screen sedikit besar dengan saiz 11.3 inci.

Satu lagi ciri menarik ialah sistem audio Bang & Olufsen dan ciri standard untuk semua varian ZDX dengan 18 pembesar suara termasuk empat pada penyandar kepala.

Dari segi keselamatan, ZDX dilengkapi AcuraWatch™ termasuk ciri baharu Pembrekan Lintasan Trafik Belakang dan Bantuan Stereng Zon Buta.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Sistem AcuraWatch™ 360+ baharu pada ZDX Type S mempunyai fungsi Pemanduan Bebas Tangan dan boleh digunakan pada jalan yang bersesuaian.

Sistem itu turut mempunyai fungsi Bantuan Parkir Automatik dan memudahkan urusan meletak kereta secara selari.

Warna biru Double Apex Blue Pearl pada ZDX Type S yang menyerlah merupakan warna baharu untuk Acura.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Pelanggan turut ditawarkan Tiger Eye Pearl, warna signatur Type S yang sebelum ini diguna pada TLX Type S, MDX Type S dan Integra Type S.

Bagaimana dengan harga? Acura memaklumkan ZDX Type S bermula daripada AS$70,000 (RM325,428) dan AS$60,000 (RM278,881) untuk ZDX A-Spec.

Penghantaran pertama bermula pada awal 2024. Acura adalah jenama premium untuk beberapa negara sahaja yang bermakna mustahil untuk memasuki pasaran sebelah sini.

 

Acura ZDX Type S 2024

 

Spesifikasi Acura ZDX 2024:

 

ZDX A-Spec®

ZDX Type S

Jenis motor 

Motor tunggal, pilihan motor berkembar 

Motor berkembar

Kuasa kuda (Anggaran)

340 (Motor tunggal)

500

Jarak pemanduan EPA, anggaran (km)

523 (Motor tunggal), 506 (Motor berkembar)

463

Kapasiti bateri

102 kWj

Jenis suspensi

Multipautan, pegas tetap

Multipautan, suspensi udara

Peredam

Amplitude Reactive Damper

Peredam suai prestasi tinggi

Rim (inci)

20 x 9 Aluminium-Aloi

22 x 9.5 AluminumAloi

Tayar

265/50R20 (Semua musim)

275/40R22 (Semua musim)
Pilihan: 275/40R22 (Musim panas)

Brek cakera depan dan belakang (inci)

12.6 / 13.5

15.6 / 13.5
Brek depan Brembo® 

Jarak roda (inci)

121.8

121.8

Panjang (inci)

197.7

197.7

Lebar (inci)

77

77

Tinggi (inci)

64.4

64.4

Kapasiti tunda maksimum (kg)

1,587

1,587

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Acura ZDX 2012   Terbaru Acura berkongsi tentang perkembangan model elektriknya yang pertama…