Acura panggil semula NSX atas risiko litar pintas dan kebocoran tangki bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Acura dikatakan memanggil kembali model kereta sports NSX atas dua sebab yang berbeza, iaitu risiko tangki bahan api yang bocor dan juga risiko litar pintas pada lampu brek ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Notis panggilan semula bakal diumumkan oleh Acura dalam masa yang terdekat atau seawal bulan November menerusi panggilan telefon dan juga emel kepada para pelanggan yang terjejas. 

Menurut Acura, panggilan semula kepada 967 buah model tahun 2017-2018 tersebut dilakukan bagi menggantikan paip silang yang menghubungkan kedua-dua tangki bahan api pada kiri dan kanan kenderaan yang disyaki mampu membocorkan bahan api pada bila-bila masa sekaligus menyebabkan kebakaran.

Dalam satu panggilan semula yang berasingan melibatkan 793 unit model keluaran 2017, Acura mahu menggantikan semula lampu brek ketiga yang dipasang oleh kerana ia cenderung untuk menghasilkan litar pintas, seterusnya merosakkan fius dan menyebabkan lampu brek gagal berfungsi dengan baik. 

Kedua-dua penggantian peralatan tersebut bakal ditanggung sepenuhnya oleh Acura, jadi para pelanggan yang terjejas tidak perlu risau dan sabar menanti panggilan semula yang bakal dibuat oleh Acura tidak lama lagi. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…