Acara sulung kelab kereta Puma di Asia Tenggara terima sambutan hangat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Sentul Depot Kuala Lumpur Jumaat lalu, acara sulung kelab kereta Puma di Asia Tenggara telah menghimpunkan para petrolhead dan peminat produk Puma, di mana ia menggabungkan unsur sukan permotoran, gaya hidup, hiburan dan gastronomi dengan persembahan menakjubkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut merupakan bukti komitmen Puma terhadap dunia sukan permotoran yang semakin berkembang, selari dengan slogan jenamanya iaitu ‘Forever Faster’.

 

2

 

Penglibatan Puma dalam dun sukan permotoran telah mengatasi kebanyakan jenama sukan lain dalam dunia, selaras dengan aspirasi jenamanya  untuk kekal di hadapan dalam fesyen sukan dan gaya hidup.

Dalam acara sulungnya itu, para pengunjung telah disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan dari artis ternama, permainan simulasi perlumbaan dan juga litar Tamiya yang mengimbau kenangan semua penggemar kereta.

 

3

 

Kemuncak acara itu disajikan dengan kemunculan atlet MMA kelahiran Jepun, iaitu Choo Sung-hoon atau lebih dikenali sebagai ‘Sexyama’.

Pelantikannya sebagai duta PUMA SEA Motorsport telah disambut dengan penuh semangat oleh peminat dan pengunjung acara itu.

 

4

 

Mengulas mengenai komitmen Puma kepada sukan permotoran, Choo turut berkongsi hubungan peribadinya antara keseronokan MMA dan dunia perlumbaan yang menggairahkan.

Kehadirannya sebagai duta memberikan contoh terhadap gabungan olahraga, hiburan, dan maksud di sebalik slogan ‘Forever Faster'.

 

5

 

Acara kelab kereta Puma bukan sekadar meraikan koleksi baharu pakaian sukannya, tetapi bukti kepada visi dan komitmen jenama itu terhadap sukan permotoran.

Untuk anda yang berminat, koleksi Autumn Winter 2023 Motorsport terbaharu Puma kini tersedia di semua kedai Puma terpilih dan laman web Puma Motorsport, dengan anggaran harga dari RM159 hingga RM729.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Koleksi terbaharu yang dilancarkan ini banyak mengambil inspirasi daripada model ikonik Porsche 911…
Berita Global
Berakar umbi dalam perniagaan sukan permotoran, A$AP Rocky akan berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif…
Gaya Hidup
Kedua-dua kasut itu diinspirasikan daripada model 911 S/T serta model asal 911 S(T) yang lebih…