Abang lori, ini lori idaman anda; 0-97kmsj dalam 5 saat!

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kenderaan elektrik (EV) popular, Tesla telah menampilkan konsep lori treler mereka kepada para media di sebuah majlis di Hawthorne, California.

Menurut CEO syarikat tersebut, Elon Musk, penghasilan kpnsep lori ini sangat penting dalam Master Plan beliau kerana beliau percaya Tesla perlu menghasilkan semua genre kenderaan untuk mengembangkan sayap EV ke semua pelusuk dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Digelar Tesla Semi (semi ialah nama genre kepala lori treler), di bawah ialah antara ciri-ciri Semi yang dikongsi oleh Elon:

  • Jarak: 805 km sekali caj
  • Kapasiti bateri: Tiada informasi
  • Jenis pacuan: 4 motor elektrik, dua untuk setiap gandar di belakang tempat kabin pemandu
  • Kadar muatan: 80,000 pound atau 36,287 kg atau 36.3 tan
  • Kadar aerodinamik: 0.36 Cd (terima kasih kepada bentuk ikan dugong itu)
  • Kebolehan autonomi: Autopilot untuk lebuhraya dan kebolehan platooning (bergerak sebagai satu kelompok trak-trak Semi)
  • Alat caj: Megacharger dengan keupayaan 640 km dengan caj 30 minit
  • Tahun pengeluaran: Dalam tahun 2019

 

 

Jika itu tidak mengejutkan, prestasi pecutan akan membuatkan anda malu memandu kereta anda.

  • 0 - 97 kmsj dalam 5.0 saat (dengan treler kosong)
  • 0 - 97 kmsj dengan treler penuh muatan dalam 20.00 saat

Ia juga mampu mendaki cerun 5-peratus dengan kelajuan 105 kmsj (muatan penuh), berbanding dengan lori treler diesel yang hanya mampu pergi 72 kmsj.

 

Tesla Semi akan menggunakan motor elektrik sama seperti Model 3 dan sistem keselamatan yang canggih seperti cermin Tesla Armor yang menurut Elon, kalis letupan nuklear.

Anda boleh menempah sebuah dengan harga RM20,700.

Untuk abang-abang pilot lori di Malaya, apa komen anda? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…