911 akan menjadi model terakhir Porsche dengan enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang akhir dekad ini, Porsche menyasarkan 80 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan terdiri daripada kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setakat ini, pengeluar Jerman itu sudah pun mempunyai model elektrik sedan dan wagon Taycan yang bakal disusuli dengan model lain seperti Macan, Cayenne dan 718 Cayman.
 

911


Baki 20 peratus daripada sasaran tersebut akan dikhususkan untuk model Porsche 911, di mana ia bakal menjadi model Porsche terakhir yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman.

Bercakap kepada Reuters, ketua unit pembangunan bahan api sintetik (e-fuel), Karl Dums menjelaskan, "strategi kami pada mulanya ialah beralih kepada mobiliti elektrik dan ... kami akan terus menghasilkan 911 dengan enjin pembakaran dalaman selama mungkin.

Biarpun Porsche 911 memegang 13 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, ia akan kekal menjadi produk terpenting dari segi imej jenama dan pemasaran.
 

911


Model elektrik Porsche seterusnya yang bakal muncul tahun hadapan ialah SUV Macan di mana ia dibina menggunakan platform PPE yang dibangunkan bersama Audi, menampilkan senibina elektrik 800 voltan, serta keupayaan pengecasan sehingga 350 kW.

Wakil jurucakap Porsche turut mengesahkan model Macan berenjin pembakaran dalaman akan kekal dijual untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…