9 motosikal baharu dari BMW hujung tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Media-media barat melaporkan bahawa BMW Motorrad akan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan model baharu untuk dilancarkan semasa pameran INTERMOT dan EICMA pada suku terakhir tahun ini.

Di sini kami senaraikan model-model yang bakal kita lihat dari jenama motosikal tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
S1000

 

S1000RR
Sepatutnya dilancarkan tahun lalu, ramai yakin BMW akan melancarkan model supersport ini.
Laporan tidak rasmi turut menambah model S1000RR baharu akan "mengubah lanskap genre supersport."

 

G 310RR
Model cilik ini dibina di India oleh rakan teknikal BMW, TVS.

TVS sudahpun melancarkan varian sportbike TVS Apache RR 310, maka pastinya BMW akan juga hadir dengan varian mereka.

Jika G310 R dan G310 GS sudah dilancarkan di Malaysia, pastinya double R ini akan hadir di Malaysia kerana ramai yang mahu membeli sebuah BMW baharu.

 

 

S 675RR
Model ini diperlukan untuk mengurangkan ruang antara G310 RR dan S1000 RR. 

Enjin 3-silinder untuk BMW ini pernah dinyatakan oleh Wunderlich, syarikat penghasil aksesori untuk BMW.

Samada ia akan wujud atau tidak, kita lihat sendiri.

 

 

S 675R dan S 675XR
Varian-varian berdasarkan model di atas, ia mungkin berlaku jika model RR dihasilkan.
BMW perlu membanyakan model agar jualan mereka meningkat.

 

 

F 850GT dan F 850R
Tahun lalu BMW melancarkan F 750GS dan F 850GS, maka platform 2-silinder ini sudah bersedia untuk varian GT dan R.

Terkenal sebagai model kemasukan (entry level) untuk Motorrad, pastinya ia akan popular.

 

 

F 850XR
Berdasarkan model 9cento Concept yang dipamerkan di Concorso d'Eleganza Villa d'Este awal tahun ini, model kategori F ini ialah sebuah model avant-garde untuk duduk dalam kelompok yang sama dengan BMW S1000 XR.

 

 

R1200 XX
Model-model berasaskan enjin Boxer 1200 ini memang dijangkakan akan berlaku.
Dari model adventure kepada model touring, enjin 1200 Boxer boleh dikatakan sebagai nadi untuk Motorrad.

 

 

Cruiser pembunuh Ducati XDiavel
BMW Motorrad rupanya tidak diam duduk melihat Ducati dengan model XDiavel mereka.
BMW dengarnya sudah dua tahun sibuk menghasilkan sebuah model cruiser juga dan bercadang untuk menyerang Ducati dan pasaran Eropah yang lain di mana Harley-Davidson tidak begitu popular.
Kita tunggu dan lihat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…